25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 29, 2021

Zahid mengaku suaranya dalam rakaman audio

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui suara di dalam rakaman audio yang tular bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah suaranya.

Menurut sumber Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, presiden parti membuat pengakuan itu semasa pertemuan yang berlangsung selama lebih dua jam di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan pada malam Isnin.

“Selain keputusan mesyuarat yang menolak cadangan menarik semula sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau (Ahmad Zahid) mengaku kepada semua itu suaranya dalam perbualan bersama Anwar yang viral tidak lama dahulu selain telah menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri,” kata sumber itu kepada Astro Awani.

Mesyuarat tertutup antara Ahmad Zahid dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama beberapa pemimpin tertinggi termasuk Datuk Seri Najib Razak berakhir sehingga tengah malam Isnin.

Baca juga:   Pesan Chong Wei kepada Zii Jia boleh hilang 'stress'

Difahamkan, Ahmad Zahid akan membawa cadangan yang sama kepada MKT selepas majoriti Ahli Parlimen UMNO menolaknya dan menyokong kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan.

Isu rakaman audio itu menjadi perhatian pada awal April lalu, rakaman tersebut didakwa melibatkan Ahmad Zahid dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Bagaimanapun Ahmad Zahid menafikan sekeras-kerasnya dengan menganggap ia politik kotor, keji dan jahat serta menegaskan akan membuat laporan polis.Namun sehingga kini laporan itu tidak dilakukan.

Baca juga:   Dengar 'suara malaikat' sebelum bunuh anak

Sebelum ini tersebar surat beliau kepada Yang di-Pertuan Agong menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri. Walaupun Ibupejabat UMNO menafikannya dan menganggap ia palsu, namun Ahmad Zahid sendiri tidak memberi sebarang komen.

Malah difahamkan isu surat itu turut dibangkitkan dalam pertemuan antara pemimpin tertinggi Bersatu, UMNO dan Pas.

Berikutan tersebar surat dan rakaman audio, beberapa pemimpin UMNO mendesak supaya siasatan dijalankan dan tindakan diambil ke atas Ahmad Zahid kerana melanggar dasar parti.

Ia disebabkan tindakan menyokong Anwar bertentangan dengan dasar parti yang memutuskan No Anwar, No DAP, No PKR.

Baca juga:   Kejayaan formula perpaduan ummah Abdul Hadi

Terkini

Kos penyediaan RMK-12 kecil sahaja, bukan RM2 bilion

CYBERJAYA - Kerajaan tidak pernah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan buku Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sepertimana didakwa...

Lagi Artikel Berkaitan