26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Kami Care Helpline Astro Radio bantu rakyat Malaysia

Mesti Baca

CYBERJAYA – Astro Radio melancarkan Kami Care Helpline, yang disediakan kepada rakyat Malaysia yang terjejas, untuk permohonan bantuan menerusi talian WhatsApp dari kesemua jenama Astro Radio.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Kenny Ong berkata, pemohon bakal menerima barangan keperluan harian seperti beras, gula, garam, tepung, biskut, teh, makanan dalam tin dan mi segera semasa situasi yang mencabar ini.

“Kami berharap Kami Care Helpline membantu lebih ramai rakyat Malaysia mendapat barangan keperluan harian mereka ketika waktu sukar ini.

“Kami berusaha untuk meningkatkan sokongan bantuan dan jangkauan kami kepada mereka yang memerlukan menerusi kempen ‘Kami Care’ dan berkongsi lebih maklumat pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan media.

Kami Care Helpline

Menurut beliau, semua rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh membuat permohonan menerusi WhatsApp pada bila-bila masa, setiap hari melalui talian di bawah.

Malah, Kenny memberitahu, para pendengar juga boleh menghantar permohonan bagi pihak orang lain yang memerlukan bantuan.

Beliau menambah, setiap permohonan Kami Care Helpline perlu disertakan nama penerima, nombor telefon, alamat rumah dan maklumat ringkas mengapa mereka memerlukan bantuan ini.

“Mereka yang layak akan dimaklumkan secara langsung dan penghantaran barangan keperluan dijalankan setiap hari,” jelasnya.

Orang ramai yang berdepan masalah keputusan bekalan makanan boleh menghubungi talian WhatsApp Kami Care Helpline seperti berikut:

Jenama radio Melayu
• 016 5127777 – ERA
• 016 2570000 – ERA Sabah
• 016 3150000 – ERA Sarawak
• 016 3260000 – SINAR
• 016 7369999 – GEGAR
• 016 9175555 – ZAYAN

Jenama radio Cina dan Tamil
• 016 5073333 – MY
• 016 8718888 – MY Sabah
• 016 5413333 – MY Sarawak
• 016 7459999 – MELODY
• 016 9988889 – GOXUAN
• 016 4913333 – RAAGA

Jenama radio Inggeris
• 016 6249999 – HITZ
• 016 4985555 – HITZ Sabah
• 016 532 7777 – HITZ Sarawak
• 016 4935555 – MIX
• 016 5108888 – LITE

Untuk maklumat lanjut, layari laman web dan media sosial jenama-jenama Astro Radio: ERA, SINAR, GEGAR, ZAYAN, HITZ, MIX, LITE, MY, MELODY, GOXUAN, dan RAAGA.

Harap disebarkan artikel ini seluas-luasnya agar lebih ramai golongan yang sangat memerlukan dapat dibantu. – EDISI 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan