25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Sidang Parlimen bukan seperti khutbah Jumaat – Noh

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar secara peribadi tidak bersetuju dengan pendekatan sidang Parlimen secara hibrid.

Menurut beliau, sidang Parlimen adalah satu sesi perbahasan dalam sesuatu isu dan ada ketikanya Ahli Parlimen yang lain boleh bangun dan meminta penjelasan atas apa yang dibahaskan oleh Ahli Parlimen lain atau semasa menteri sedang menjawab.

Sehubungan itu, Noh mempersoalkan sama ada persidangan secafra hibrid itu membolehkan Ahli Parlimen mencelah untuk mendapatkan penjelasan.

“Setiap Ahli Parlimen mempunyai imuniti ketika berbahas di Dewan Rakyat. Bermaksud, apa yang di sebut ketika perbahasan tidak boleh didakwa di luar Parlimen.

“Adakah imuniti ini akan terpakai kepada Ahli Parlimen apabila mereka berbahas di luar Dewan Rakyat secara dalam talian?” soalnya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau turut bertanya sama ada kerajaan tidak yakin dengan keberkesanan dos vaksin.

“Kalau kerajaan kurang yakin dengan vaksin sedia ada, kenapa tidak Ahli Parlimen diberikan dos ketiga dan setiap Ahli Parlimen diwajibkan menjalani ujian PCR setiap minggu disebalik setiap dua minggu seperti pada sidang yang lepas,” katanya.

Noh juga mempersoalkan mengapa kemudahan dan fasiliti yang ada di Parlimen tidak digunakan.

Menurut beliau, ketika ini terdapat lima bangunan di dalam kawasan Parlimen yang boleh diguna pakai.

“Pertama adalah bangunan utama, kedua bangunan menara, ketiga bangunan baharu di belakang bangunan utama di mana setiap Ahli Parlimen mempunyai bilik sendiri, keempat bangunan Dewan Rakyat sementara dan kelima bangunan sementara di sebelah bangunan utama.

“Semua fasiliti ini boleh digunakan untuk menempatkan kakitangan atau pegawai bertugas untuk mengelakkan terlalu ramai masuk ke bangunan utama ketika Dewan bersidang.

“Hanya Ahli Parlimen saja yang sepatutnya dbenarkan memasuki bangunan utama,” jelasnya.

Noh mencadangkan, yntuk mengelakkan terlalu ramai pemandu berada di kawasan Parlimen, kerajaan boleh membenarkan hanya konsep menurunkan penumpang sahaja.

Beliau menambah, Ahli Parlimen dihantar dan diambil ketika dewan selesai bersidang dan semua kenderaan tidak dibenarkan diletakkan dalam kawasan Parlimen.

“Kesimpulannya, saya lihat sidang Parlimen ini perlu ada keberkesanan dan bukannya sekadar mendengar apa yang dihujahkan tanpa ada sebarang celahan.

“Sidang Parlimen bukan seperti khutbah Jumaat. Mendengar apa yang khatib bacakan. Apa gunakan kerajaan berbelanja berjuta-juta kalau segala fasiliti yang tersedia tidak digunakan sebaiknya.

“Kalau tidak boleh bersidang secara bersemuka, saya fikir ini adalah satu alasan yang tidak munasabah,” ujarnya. – EDISI 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan