31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

PdPR 5 negeri Fasa 2 hingga cuti pertengahan penggal

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagi sekolah-sekolah di lima negeri dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan diteruskan sehingga cuti pertengahan penggal ini.

Kementerian Pendidikan berkata, Takwim Persekolahan tahun 2021 adalah kekal seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dalam sidang media pada 6 Jun lalu.

“Ini bermakna, sesi PdP bagi murid kelas peperiksaan di negeri Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang akan terus dilaksanakan secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sehingga cuti pertengahan penggal yang akan bermula pada 16 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan A dan 17 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan B.

“Pemakluman lanjut mengenai pengoperasian sekolah bagi sesi persekolahan penggal berikutnya yang dijadualkan pada 25 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan A dan 26 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan B akan dibuat oleh Kementerian Pendidikan sekurang-kurangnya seminggu sebelum penggal persekolahan tersebut bermula,” kata kementerian itu dalam kenyataan media, hari ini.

Tambah Kementerian Pendidikan, sesi PdP secara bersemuka adalah terhad untuk murid kelas peperiksaan sahaja dan perkara itu adalah berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi Fasa 2 PPN.

“MKN juga memberi kebenaran pergerakan rentas negeri dan daerah bagi guru dan murid kelas peperiksaan yang terlibat sekiranya sekolah dibuka,” jelas kementerian berkenaan.

Semalam, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Perlis, Kelantan, Perak, Pahang dan Terengganu beralih ke Fasa 2 Kawalan Pergerakan dalam PPN mulai esok. – EDISI 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan