24.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 2, 2023

Tiada lagi PKP, kawalan di pintu masuk negara diperketat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN tidak akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun kawalan lebih ketat akan dilaksanakan di pintu masuk dan keluar negara dalam usaha mengekang pandemik Covid-19.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, mengambil kira perkembangan jangkitan varian Omicron, langkah kawalan tersebut perlu ditambah baik termasuk menyenaraikan lebih banyak negara berisiko tinggi.

Menurut beliau, setakat ini, sebanyak 245 kes Omicron disahkan di Malaysia.

“Sebahagian besar kes jangkitan di negara kita ini masih lagi berpunca daripada kepulangan pengembara dari luar negara.

“Kita akan ambil langkah kawalan lebih ketat, tetapi PKP secara besar-besaran tidak akan dilaksanakan semula,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Saddique.

Baca juga:   PKPB Sarawak sambung hingga 15 Mac, kes meningkat

Hishammuddin berkata, tumpuan kerajaan kini ialah kembali kepada usaha transisi ke arah endemik yang tertangguh akibat beberapa isu sebelum ini.

Menurutnya, kerajaan juga memantau rapat status semasa pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) dengan melihat ruang dan peluang untuk melaksanakannya dengan beberapa negara lagi termasuk Indonesia dan Thailand.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada situasi Covid-19, bukan sahaja di negara-negara berkenaan tetapi juga di negara kita,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

EMRAZ sasar 12,000 jemaah menerusi pembiayaan umrah AmBank Islamic

EMRAZ Travel & Tours (EMRAZ), sebuah agensi pelancongan dan pengendali umrah dan haji menyasarkan sebanyak 12,000 jemaah bakal menggunakan...

Lagi Artikel Berkaitan