28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Dua tapak bina di Melaka dan Taiping, Perak tidak patuh SOP

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Dua tapak bina masing-masing di Melaka dan Taiping, Perak diarahkan tutup serta-merta oleh penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) negeri kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

CIDB dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua tapak bina tersebut didapati membenarkan beroperasi melebihi kapasiti 60 peratus pekerja ketika pihaknya menjalankan operasi bersepadu SOP Covid-19 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di kedua-dua negeri itu.

Menurut CIBD, dalam operasi tersebut, pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas sebuah tapak bina di daerah Melaka Tengah yang menjalankan projek pembangunan perniagaan, hotel dan kondotel.

“Bagaimanapun, hasil siasatan lanjut mendapati, majikan tidak mematuhi terhadap senarai semak SOP Majlis Keselamatan Negara Covid-19, Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) bagi sektor pembinaan.

“Kesalahan yang dikesan seperti tiada rekod pengurusan pekerja dan saringan gejala; beroperasi melebihi kapasiti 60 peratus pekerja; tiada saringan suhu dilaksanakan di pintu masuk yang digunakan dan tiada kenderaan yang disediakan oleh syarikat bagi pergerakan pekerja.

“Sehubungan dengan itu, pasukan penguatkuasa telah mengarahkan operasi pembinaan berkenaan dihentikan serta-merta,” katanya.

Advertisements

Sementara itu, dalam operasi berasingan di Taiping, Perak, CIDB berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap sembilan tapak pembinaan dan daripada jumlah itu, sebuah tapak bina didapati tidak patuh SOP.

Kenyataan itu berkata, tapak pembinaan tersebut telah diarahkan menghentikan operasi dengan serta-merta atas kesalahan pengisytiharaan untuk kebenaran beroperasi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bercanggah di tapak beroperasi.

Manakala rumah penginapan pekerja disediakan di tapak bina pula tiada kelulusan daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Selain itu, beroperasi melebihi kapasiti 60 pekerja pekerja dan kebanyakan pekerja tidak mematuhi SOP tapak bina yang telah ditetapkan,” katanya.

Menurut CIDB, kedua-dua tapak pembinaan tersebut seterusnya telah diambil tindakan di bawah Notis N3E/2021: Notis Pemberhentian Kerja Pembinaan (pelanggaran kewajipan oleh kontraktor) dan Notis N2/2015: Mengemukakan Maklumat Mengenai Industri Pembinaan (kontraktor)

Dalam operasi bersepadu tersebut turut mendapat kerjasama Ibu Pejabat CIDB; Polis Diraja Malaysia (PDRM); Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan