27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

18,518 pekerja mahir dalam sektor minyak& gas dilahirkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEBIH daripada 18,518 pekerja mahir binaan dalam bidang sektor minyak dan gas berjaya dilahirkan sehingga Disember tahun lalu.

Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid berkata, CIDB Malaysia menerusi Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan CIDB Technologies Sdn Bhd (CIDB Tech) menawarkan tajaan kepada belia tempatan yang ingin menceburi bidang kemahiran minyak dan gas.

“Terdapat banyak peluang pekerjaan yang boleh dijadikan kerjaya dan sumber pendapatan pada masa kini. Kerjaya bagi bidang kemahiran di sektor minyak dan gas juga antara kerjaya yang mempunyai pendapatan yang tinggi.

“Terdapat enam bidang utama di ABM dan CIDB Tech yang memberi peluang kerjaya dalam bidang minyak dan gas seperti, Gas Pipe Installation, Gas Pipe Insulation, Scaffolding, Welding, Mechanical Fitting dan Blasting and Painting,”katanya.

Beliau berucap ketika Majlis Graduasi ABM dan CIDB Technologies Wilayah Timur 2023 di Dewan Besar ABM Wilayah Timur, Kuala Berang, Terengganu.

Seramai 142 pelatih termasuk 17 pelatih cemerlang diraikan. Mereka adalah pelatih daripada 17 tred (kategori) dalam latihan kompetensi kemahiran pembinaan membabitkan kluster bidang bangunan, Industrial Building System (IBS), Operasi Kren, Mekanikal dan Elektrikal, Kimpalan dan Blasting & Painting.

Majlis Graduasi tersebut, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad telah merasmikan dan menyampaikan Anugerah Pelatih Cemerlang, Sijil Penghargaan dan Anugerah Ikon TVET Pembinaan.

Dalam majlis itu, seorang alumni ABM Wilayah Timur iaitu Hafizatul Najmi Pizat dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon TVET Pembinaan.

Hafizatul, 35 tahun adalah bekas pelajar dalam bidang Pendawaian Elektrik (Wireman PW4) pada tahun 2008.

Dengan berbekalkan sijil SKKP CIDB pada awal kerjayanya, kini beliau merupakan seorang usahawan muda yang mempunyai enam cabang perniagaan iaitu perniagaan seperti pendawaian elektrikal, peniagaan jual beli barangan elektrik, pembinaan rumah, pasaraya serbaneka, penghotelan dan perkhidmatan pelancongan. – Edisi 9

Manakala, tujuh (7) rakan industri iaitu Petronas Chemical Group, Kolej Yayasan Pahang Advanced Skill, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Yayasan Pendidikan Maidam, Malaysia Rail Link (MRL), DNR Training Centre dan MKA Consult telah menerima sijil penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka kerana telah menaja dan memberi peluang pekerjaan kepada pelatih-pelatih ABM dan CIDB Tech Wilayah Timur.

ABM dan CIDB Technologies adalah pusat penilaian dan latihan di bawah kendalian CIDB Malaysia yang memberi peluang kepada golongan belia dan personel binaan bagi mendalami kemahiran dalam industri binaan. Sehingga kini, ABM dan CIDB Technologies (Wilayah Timur, Utara, Tengah, Selatan, Sabah dan Sarawak) melahirkan 405,833 pekerja mahir binaan di seluruh negara membabitkan program belia dan personel binaan.

Kampus-kampus ABM dan CIDB Tech beroperasi di kawasan koridor ekonomi seluruh Malaysia termasuk Kuala Lumpur, Kedah, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Untuk maklumat lanjut sila layari www.cidb.gov.my / www.akademibinaan.com.my / www.cidbtech.com.my
 

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan