26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

17,000 penduduk Mentari Court jalani ujian saringan Covid-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kira-kira 17,000 penduduk di Mentari Court, Petaling Jaya menjalani ujian saringan Covid-19 selepas kawasan berkenaan antara lokaliti di Selangor yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu hantaran di Facebook, berkata, ia melibatkan sebanyak 3,469 unit pangsapuri dikawasan berkenaan.

“Petugas KKM melawat dari rumah ke rumah bagi memastikan semua penghuni menjalani ujian saringan sebagai langkah membendung penularan jangkitan di kawasan perumahan itu.

“Bagaimanapun, rancangan untuk memberi vaksin kepada penduduk di situ yang dijadual pada hari Ahad (semalam) terpaksa ditangguhkan sehingga ujian saringan selesai sepenuhnya,” menurut kenyataan itu.

Advertisements

KKM berkata, bekalan barang keperluan harian turut diagihkan kepada setiap rumah hasil sumbangan pelbagai pihak.

Bagi memastikan proses saringan berjalan lancar, KKM mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Pejabat Tanah dan Daerah Petaling.

Selain Mentari Court, dua lagi lokaliti di Petaling Jaya yang dikenakan PKPD selama dua minggu bermula 1 Julai hingga 14 Julai iaitu Pangsapuri Westlite dan Taman Perumahan SS 91A, Sungai Way. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan