33.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 25, 2021

Rimas tengok kluster tempat kerja masih mencanak

Must Read

Editor
Editor Edisi 9

Saudara Pengarang,

JUMLAH kes positif COVID-19 di negara ini masih belum menunjukkan tanda akan surut di bawah angka 5,000. Hari ini sahaja, sebanyak 6,437 kes dilaporkan di seluruh negara.

Secara peribadi, saya berpandangan bahawa kerajaan perlu mengasingkan statistik jangkitan baharu COVID-19 melibatkan kluster tempat kerja dan kluster-kluster lain.

Adalah tidak masuk akal apabila sebahagian besar kluster yang diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah setiap hari datangnya dari tempat kerja.

Malah, ada yang mencecah hingga 90 peratus dan setiap kluster mungkin melibatkan antara satu hingga 1,000 kes.

Jadi, adalah tidak adil untuk merangkumkan statistik jangkitan positif baharu secara sekali gus.

Sepatutnya, apabila mana-mana tempat kerja mempunyai risiko jangkitan COVID-19 yang tinggi, kerajaan boleh melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Mengapa seluruh rakyat Malaysia terpaksa menanggung beban semata-mata disebabkan kadar jangkitan baharu yang tinggi di tempat kerja?

Baca juga:   6 daerah Selangor bawah PKP, SOP ketat sambutan Aidilfitri

Pada masa yang sama, pastikan pekerja-pekerja kilang divaksinasi secepat mungkin dan segala kos berkaitan ditanggung oleh majikan.

Selama ini, mereka mengaut keuntungan besar yang sebahagiannya boleh digunakan untuk mempercepatkan proses vaksinasi pekerja masing-masing.

Ujian saringan secara percuma juga tidak menjadikan keadaan lebih baik, malah hanya melonjakkan jumlah kes jangkitan baharu secara mendadak.

Lebih memburukkan keadaan, mereka yang didapati positif masih dikehendaki menjalani kuarantin di pusat-pusat yang ditetapkan kerajaan.

Baca juga:   Peluang berinteraksi dengan Nazim Othman menerusi Bigo Live

Katakan untuk hari ini, kira-kira 6,000 kes dihantar ke pusat kuarantin dan langkah ini menambah beban terhadap sumber-sumber Kementerian Kesihatan.

Kos untuk menguruskan pusat kuarantin termasuk memberi makanan kepada para pesakit juga adalah tinggi.

Mengapa tidak digunakan dana dan sumber yang ada untuk mempercepatkan lagi proses vaksinasi, menumpukan terhadap kempen pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan menghantar pesakit yang dalam tahap 3 ke hospital atau pusat kuarantin.

Dengan cara itu, sumber-sumber Kementerian Kesihatan tidak berdepan situasi kritikal dan banyak ruang dapat disediakan untuk pesakit yang memerlukan rawatan rapi.

Maka tidak hairanlah negara-negara Kesatuan Eropah (EU) meminta pesakita COVID-19 dalam tahap 1 dan 2 menjalani kuarantin di rumah sahaja.

Saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah yang akan dilakukan sekiranya imuniti kelompok telah dicapai pada November ini namun kes jangkitan positif baharu, termasuk melibatkan kluster tempat kerja, masih melebih angka 4,000?

Baca juga:   Kuat kuasa PKP ketat dan berkesan, titah Sultan Johor

Agak membimbangkan jika kita terperangkap dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) selama-lamanya.

MOHD FAIZAL
Kuala Lumpur

E-melkan keluhan, pandangan, kritikan dan aduan anda kepada kami menerusi [email protected]

Latest News

Pelajar UiTM raih tempat pertama peperiksaan perakaunan dunia

CYBERJAYA - Kejayaan seorang pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) meraih pencapaian tertinggi peringkat dunia dalam peperiksaan program...

More Articles Like This