31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

Kontraktor lega kerajaan perkenal semula Perubahan Harga

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pengumuman untuk memperkenalkan semula Perubahan Harga bagi kontrak Perolehan Kerja Kerajaan sehingga 31 Disember ini dapat memberikan kelegaan sedikit kepada kontraktor bagi menangani perubahan harga bahan binaan yang kini melambung tinggi seperti besi dan simen.

Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Datuk Azman Yusoff mendakwa, kenaikan harga itu dilakukan secara sengaja oleh pihak tertentu yang ingin mengaut keuntungan dengan mengambil kesempatan dari situasi mencabar sekarang.

Menurut beliau, bantuan kepada kontraktor G1 hingga G4 melaksanakan kerja-kerja secara sebut harga dan melalui kerja undian dengan penggunaan Jadual Kadar Harga Kerja Kejuruteraan Awam dan Bangunan yang baharu serta jadual kadar kerja elektrik, sudah pasti memberi kelegaaan kepada ramai kontraktor.

“Kerajaan juga akan membenarkan Lanjutan Masa atau Extension of Time bagi semua projek kerajaan yang terkesan mengikut klausa kontrak yang dibenarkan.

“Ini sudah pasti membantu ramai kontraktor yang sebelum ini berdepan masalah dan kekangan untuk menyempurnakan kerja-kerja terutama ketika arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang memaksa banyak pengendalian projek hanya berjalan dengan kapasiti minimum,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Baca juga:   19 kontraktor ditahan kemuka penyata bank palsu RM49 juta

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PEMULIH yang memberi bantuan menyeluruh kepada rakyat khususnya mereka yang terjejas akibat kesan ekonomi pandemik COVID-19.

Pakej itu turut merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.

Baca juga:   Pelaksanaan PEMULIH perlu fokus kumpulan sasar - PAGISA

PEMULIH tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.

Azman menambah, PKBM juga berharap agar proses vaksinasi dapat dipercepatkan dengan mencadangkan pemberian vaksin dibuat datang terus atau pandu lalu selama 24 jam bagi mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.

“Kami sedia membantu inisiatif ini melalui Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) atau apa cara sekali pun terutamanya di sektor pembinaan,” jelasnya lagi.

Beliau berkata, PKBM memberi komitmen bahawa akan terus menyokong dan bersama-sama lerajaan Perikatan Nasional untuk memastikan aktiviti ekonomi negara dapat diteruskan dan rangkaian pandemik COVID-19 dapat diputuskan segera. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

RUU Kesalahan Seksual Kanak-kanak dilulus

RANG Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu kepada kanak-kanak, diluluskan di Dewan...

Lagi Artikel Berkaitan