26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Pengeluaran lesen kontraktor baharu tidak dihentikan

Mesti Baca

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) tidak akan menghentikan pengeluaran lesen kepada kontraktor baharu walaupun terdapat lambakan kontraktor G1 hingga G7 ketika ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, KKR mengamalkan prinsip demokrasi dalam memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapatkan lesen kontraktor.

“Kita tidak boleh tutup peluang kepada mereka, cuma kita kena mencari kaedah bagaimana untuk menangani lambakan kontraktor sedia ada kerana mereka akan berdepan dengan masalah tawaran kerja yang terhad.

“Antara kaedah yang mungkin perlu kita ambil adalah kontraktor yang sudah sekian lama dalam kategori G1 perlulah dinaikkan ke kategori G2 atau G3, supaya ada ruang kepada kontraktor yang baharu,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata KKR telah memohon penambahan peruntukan berkaitan projek kontraktor G1 dalam Belanjawan 2024 bagi memastikan golongan itu dapat meneruskan kehidupan selepas terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Beberapa hari lalu, kita sudah berjumpa dengan pegawai Kementerian Kewangan dan memohon agar peruntukan untuk kontraktor G1 ditambah jumlahnya kerana kita faham sejak Covid-19, ramai yang sudah hilang kerja,” katanya.

Nanta berkata jumlah kontraktor G1 di seluruh negara sudah lebih 60,000 dan mereka memang memerlukan projek-projek pembinaan untuk menjana pendapatan dan kementerian prihatin dengan keadaan ini. -Edisi 9

 

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan