27 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

GCE, AKLEH guna sistem bayar tol pakai kad debit, kredit

Mesti Baca

PENGGUNA Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) kini boleh membayar tol menggunakan kad debit atau kad kredit.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, ujian rintis Sistem Pembayaran Terbuka (SPT) bagi kutipan menggunakan kad debit, kad kredit atau kad prabayar kini dilaksanakan di kedua-dua lebuh raya itu.

Katanya, alternatif baharu pembayaran tol berkenaan boleh digunakan oleh pengguna kenderaan Kelas Satu (kereta) di lorong yang dikenal pasti dengan papan tanda khas pada gantri.

“Sistem itu mula dijalankan di ketiga-tiga plaza tol Lebuhraya GCE iaitu Plaza Tol Bukit Jelutong, Plaza Tol Elmina dan Plaza Tol Lagong bermula 13 September 2023,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Sementara itu, Plaza Tol Datuk Keramat, Lebuh Raya AKLEH sudah menerima pembayaran tol baharu itu sejak 9 September lalu.

“Satu lorong disediakan di setiap plaza tol untuk proses percubaan sistem itu selaras dengan piawaian yang ditetapkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

“Kaedah ini sebagai tambahan untuk kaedah pembayaran sedia ada seperti kad Touch n’ Go, SmartTag dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID),” katanya.

Tambahnya lagi, inisiatif itu dijangka menyediakan kemudahan dan fleksibiliti untuk pengguna lebuh raya di plaza tol dengan lebih banyak pilihan pembayaran tol, sekali gus menyumbang ke arah penambahbaikan industri lebuh raya negara secara keseluruhannya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan