LALUAN keluar dan masuk ke Persimpangan Elmina dari kedua-dua arah Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) ditutup sementara berikutan insiden nahas pesawat berhampiran lokasi berkenaan, hari ini.
Kumpulan Syarikat Prolintas (PROLINTAS) dalam satu kenyataan hari ini berkata, laluan berkenaan ditutup sehingga lokasi nahas dibersihkan dan siasatan selesai.
“Menurut laporan awal, kemalangan turut membabitkan sebuah motosikal.
“Pihak bomba, polis, ambulans dan Peronda GCE kini berada di lokasi kejadian untuk membersihkan serpihan nahas dan mengawal trafik,” kata kenyataan itu.
Pengguna lebuh raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif.
Untuk sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian hotline PROLINTAS di 1800 22 8888.
Terdahulu, media melaporkan, 10 lelaki maut selepas pesawat ringan Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor.– Edisi 9