27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Jenazah ADUN Pelangai akan dikebumikan hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JENAZAH Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang terlibat dalam nahas pesawat dekat Elmina, Seksyen U16 Shah Alam akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves hari ini.

Menerusi perkongsian Facebook rasmi Allahyarham, jenazah dijangka dibawa keluar dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang kira-kira jam 10 pagi selepas dituntut ahli keluarga.

“Jenazah kemudiannya akan disembahyangkan di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang bagi urusan solat kali pertama.

“Jenazah kemudiannya dijangka tiba di Masjid Saidina Hamzah, Jalan Batu Muda, Kuala Lumpur untuk solat jenazah kali kedua kira-kira jam 11 pagi.

Advertisements

“Urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves, kemudiannya dilakukan kira-kira jam 12 tengah hari,” katanya menerusi kenyataan tengah malam tadi.

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, kesemua sembilan jenazah mangsa terlibat nahas ini boleh dituntut kira-kira jam 9 pagi ini di Jabatan Forensik HTAR.

Pada Khamis, seramai 10 mangsa disahkan maut dalam nahas pesawat jenis jet peribadi itu.

Mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di lokasi nahas. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan