22.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 19, 2025

2 pesawat bertembung, terhempas di pameran udara di Texas

Tidak jelas berapa ramai orang yang cedera atau terbunuh.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA pesawat tentera bersejarah bertembung di udara semasa pertunjukan udara memperingati Perang Dunia ll di Dallas, Texas, Amerika Syarikat semalam.

Memetik laporan Reuters, pesawat tersebut terhempas ke tanah sebelum meletup dan terbakar.

Bagaimanapun jumlah mereka yang cedera atau terbunuh tidak diketahui.

Insiden itu melibatkan pesawat pengebom Boeing B-17 Flying Fortress era Perang Dunia ll dan pesawat pejuang Bell P-63 Kingcobra yang sedang terbang di Wings Over Dallas Airshow di Lapangan Terbang Eksekutif Dallas, kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dalam satu kenyataan.

Krew kecemasan bergegas ke lokasi kejadian, kata pegawai lapangan terbang menerusi Twitter, tetapi tidak jelas berapa ramai orang di dalam kedua-dua pesawat tersebut, kata FAA.

Advertisements

Hank Coates, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tentera Udara Peringatan (CAF), sebuah kumpulan yang berdedikasi memelihara pesawat tempur Perang Dunia ll memberitahu media, B-17 biasanya mempunyai krew empat hingga lima orang.

P-63 dikendalikan oleh seorang juruterbang tetapi tidak menyatakan berapa ramai orang yang berada di dalam pesawat itu ketika nahas, nama atau keadaan mereka.

Klip video yang disiarkan dalam media sosial merakamkan kejadian itu semasa ia berlaku menunjukkan kedua-dua pesawat tersebut bertembung dan terhempas, mencetuskan bola api dan asap yang besar.

Adegan dari video udara secara langsung menunjukkan serpihan daripada pesawat bertaburan di atas rumput berwarna perang di tapak perlanggaran.

FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) sedang menyiasat insiden tersebut. – Agensi

Advertisements

Terkini

Terbuka India: Izzuddin-Sze Fei wakil tunggal Malaysia ke ‘final’

AKHIRNYA kem badminton negara boleh melakar senyuman di Kompleks Sukan Indra Gandhi, New Delhi apabila Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze...

Lagi Artikel Berkaitan