25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

PM buat lawatan mengejut di SK Desa Tasik, tinjau fasiliti

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan mengejut ke Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan tengah hari tadi.

Di sekolah berkenaan, Anwar meninjau keadaan infrastruktur dan fasiliti sekeliling sekolah termasuk status tandas.

Menerusi hantaran di Facebook Perdana Menteri berkata, usai program di Sungai Besi, beliau sempat mengadakan lawatan mengejut di SK Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan tengah hari tadi.

Advertisements

“Saya tinjau keadaan infrastruktur dan fasiliti sekeliling sekolah termasuk status tandas yang kini dalam penambahbaikan secara berperingkat untuk dinikmati dan digunakan warga sekolah.

“Sayugia, adalah menjadi harapan saya agar warga sekolah khasnya para murid dapat menikmati kemudahan disediakan dalam mewujudkan persekitaran selesa serta kondusif,”katanya.

Terdahulu, Anwar merasmikan Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI serta Pusat Penjaja Madani di Desa Tasik, Sungai Besi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan