28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025

Pesawat Sriwijaya Air terputus hubungan sejurus berlepas

Mesti Baca


JAKARTA – Pesawat milik syarikat penerbangan Sriwijaya Air dilaporkan terputus hubungan sejurus lima minit berlepas, dari ibu negara ini hari ini.

Tribunnews.com melaporkan, pesawat dengan kod penerbangan SJ182 itu terbang dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Tangerang (CGK) menuju ke Lapangan Terbang Supadio Pontianak, Kalimantan Barat (PNK).

Difahamkan pesawat itu membawa 59 orang penumpang termasuk lima orang kanak-kanak dan seorang bayi.

Laman web flighradar24.com menunjukkan, SJ182 kehilangan lebih 10,000 kaki altitud dalam tempoh kurang seminit.

Jejak terakhir laluan pesawat SJ182 berakhir di pesisir pantai utara Jakarta selepas kehilangan altitud.

Advertisements

Pesawat SJ182 tersebut dijadual berlepas pada pukul 1.40 petang waktu Indonesia dan dijadualkan tiba pada pukul 3.15 petang waktu tempatan.

Hingga kini belum ada maklumat rasmi berhubung pesawat Sriwijaya Air Boeing 737-524 PK-CLC tersebut.

“SJ182 PKCLC, STD 13:25WIB, Stand : D52, Off Block 14:13WIB, Takeoff 14:36WIB. Lost contact, semoga selamat,” begitu maklumat yang diterima Wartakotalive, setakat pukul sekitar pukul 4.50 petang waktu tempatan.

Wartakotalive masih mencoba menghubungi pihak Sriwijaya Air untuk mengesahkan laporan itu.

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan