25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pesawat India putus dua sewaktu mendarat, 17 maut, 46 parah

Mesti Baca

NEW DELHI – Sebuah pesawat Air India Express membawa 190 penumpang terhempas di sebuah lapangan terbang di selatan negeri Kerala, semalam membunuh sekurang-kurangnya 17 orang.

Pesawat Boeing 737 dari Dubai itu tergelincir dari landasan dan terputus dua sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Calicut Kozhikode kira-kira pukul 7.40 malam waktu tempatan.

Pesawat Air India Express membawa 190 penumpang terhempas di sebuah lapangan terbang di selatan negeri Kerala, semalam

Kapal terbang itu merupakan satu daripada jet yang digunakan bagi membawa pulang rakyat India di luar negara yang terjejas akibat penularan Covid-19.

Memetik BBC, Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata, beliau amat sedih dengan nahas melibatkan jet itu.

Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan berkata, operasi menyelamat di lapangan telah selesai kira-kira pukul 11 malam dengan dengan mangsa terselamat dikejarkan ke hospital di Calicut dan Malappuram.

Seorang pegawai polis berkata, berpuluh-puluh penumpang cedera dengan 46 daripadanya parah.

Advertisements

Air India Express dalam kenyataannya memberitahu, dua juruterbangnya terbunuh dalam nahas itu.

Pesawat Air India Express dalam penerbangan dari Dubai ke Kerala.

Penerbangan IX 1134 membawa 184 penumpang termasuk 10 bayi dan enam kru pesawat.

Menteri Penerbangan Awam India, Hardeep Singh Puri berkata, pesawat itu tergelincir daripada landasan dan memasuki tebing curam sedalam 10.6 meter sebelum putus dua.

Katanya, kejadian berlaku ketika pesawat itu cuba mendarat buat kali kedua sewaktu hujan lebat.

“Satu siasatan akan dilakukan oleh Biro Siasatan Kemalangan Pesawat India,” katanya.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan