29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 21, 2023

Mana wang ikat jamin kes banglo Guan Eng pada 2016 – Najib

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan status derma RM1 juta yang dikumpulkan DAP untuk menjamin Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dalam kes banglo pada 2016.

Menurutnya, apabila kes banglo Guan Eng digugurkan Peguam Negara lantikan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018, wang jaminan RM1 juta yang dikutip dari rakyat turut dikembalikan kepada ahli Parlimen Bagan itu.

“Lagi pelik ialah Guan Eng juga minta derma RM1 juta untuk wang jaminan mahkamah apabila dia didakwa kes banglo pada tahun 2016 ketika wang jaminan itu telah dikembalikan sejurus kes tersebut digugurkan.

“Kenapa Guan Eng tak guna semula RM1 juta itu? Wang yang dikutip dari rakyat itu sudah ke mana?” soal Najib dalam Facebooknya.

Semalam, DAP melancarkan kempen sumbangan RM10 untuk mengumpul dana buat bayaran ikat jamin Guan Eng dan kempen itu diadakan selama seminggu.

Pada 2016, DAP berjaya mengutip RM1 juta dalam tempoh 24 jam untuk mengikat jamin Guan Eng yang berdepan pertuduhan kes banglo.

Najib selain itu mempersoalkan tindakan DAP melancarkan kempen derma tersebut kerana dakwanya Ahli Parlimen DAP juga sudah cukup kaya untuk membayar wang ikat jamin berkenaan.

Baca juga:   Safee Sali meriahkan Karnival Anak Muda Gegor Bera, esok

Ujar beliau, Ahli Parlimen Beruas yang juga bekas Speaker DUN PH Perak mengaku memiliki kekayaan sebanyak RM82 juta.

Baca juga:   Rasuah: Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta

“Takkan Koo Ham tak mampu pinjam RM1 juta kepada boss dia?,” tanya Najib lagi.

Najib selain itu memberi cadangan kepada Guan Eng agar meminjam RM1 juta daripada anak Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai kekayaan RM4.2 bilion.

“Guan Eng sokong Tun Mahathir jadi Perdana Menteri tapi Tun Mahathir tak suruh pula anak dia yang mempunyai kekayaan RM4.2 bilion untuk pinjam RM1 juta kepada Guan Eng,” katanya.

Menurut Malaysia Business, Datuk Mokhzani Mahathir memiliki kekayaan sebanyak RM4.2 bilion yang melayakkannya berada di kedudukan sembilan orang paling kaya di Malaysia pada 2014. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Syamsul Yusof failkan nusyuz ke atas Puteri Sarah

PENGARAH kontroversi, Syamsul Yusof membuat ‘kejutan’ apabila memfailkan tuntutan nusyuz ke atas isterinya, Puteri Sarah Liyana, 38, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur,...

Lagi Artikel Berkaitan