30.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 8, 2021

Keadaan di dalam pusat kuarantin menakutkan?

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Sejak beberapa hari lalu, pelbagai versi cerita tersebar berhubung keadaan pusat kuarantin termasuk di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang yang didakwa telah penuh dan tidak selesa.

Memetik Astro Awani, semalam, seorang individu mendakwa dia tidak dibekalkan dengan selimut atau bantal, selain lampu dipasang sepanjang malam sehingga menyukarkan untuk dia melelapkan mata.

Terbaharu, satu rakaman di Pusat Kuarantin MAEPS turut tersebar, namun kali ini menceritakan sisi yang berbeza.Kemas kini yang dimuat naik seorang pengguna Twitter bernama Afifie Chan (@AfifieChan), memaklumkan dia mula ditempatkan di Pusat Kuarantin berkenaan pada 7 Januari lalu.

Pada awal bebenang, Afifie memuat naik rakaman video berdurasi 15 saat memaparkan keadaan di dalam Pusat Kuarantin tersebut, dengan menyifatkan ia begitu selesa dan bersih.


“Keadaan di dalam (Pusat Kuarantin). Menakutkan ke? Tidak pun. Selesa dan bersih, tengok la sendiri. Yang gantung-gantung kain putih di katil itu sebab lampu (dipasang) 24 jam. Jadi silau,” demikian tulisnya dalam entri tersebut, pada Sabtu.


Selain keadaan Pusat Kuarantin yang selesa, Afifie berkata kemudahan asas termasuk tandas turut disediakan, di mana sebanyak enam tandas ditempat di dalam dewan berkenaan.


Jelasnya, setakat ini dia tidak perlu beratur untuk menggunakan kemudahan tersebut dan ia berada dalam keadaan baik.


Katanya lagi, mereka yang dikuarantin diberikan makanan tiga kali sehari, selain keadaan di dalam dewan berkenaan sejuk kerana ia berdingin hawa.

Baca juga:   Kes baharu harian COVID-19 kembali lepasi angka 20,000


“Ada kaunter yang buka 24 jam dan doktor sentiasa dalam keadaan ‘standby’. Mereka yang yang mempunyai simptom ketika dimasukkan (ke Pusat Kuarantin) akan dipanggil untuk ‘check up’ dan mereka juga akan diperiksa dari masa ke masa,” tulisnya di ruangan komen.

Baca juga:   Isu Khairuddin: Mencari kebenaran atau membunuh karakter?


Dalam perkembangan sama, Afifie turut memaklumkan bahawa warganegara Malaysia dan warga asing ditempatkan di dewan yang berasingan.


Berdasarkan pengetahuannya, Afifie berkata tujuan tersebut dibuat bagi memudahkan urusan pendaftaran, pemerhatian dan pengumuman yang dibuat oleh petugas barisan hadapan.


Menerusi entri sama, Afifie turut memuji gelagat seorang jururawat yang sedang membuat pengumuman, yang disifatkan mencuit hati.


Setakat ini, kemas kini tersebut mendapat ulang tweet lebih 6,600 daripada pengguna Twitter.

Pada 9 Disember lalu, kerajaan memutuskan untuk mengaktifkan semula MAEPS sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).


MAEPS kali pertama diaktifkan sebagai PKRC pada 16 April dan ditutup 15 Julai lalu.

Terkini

AARDO ke-20 bincang bantu masyarakat luar bandar pasca Covid-19

MALAYSIA mengambil serius terhadap kepentingan pembangunan infrastruktur termasuk capaian internet kepada masyarakat luar bandar dalam fasa pemulihan pandemik COVID-19. Menurut...

Lagi Artikel Berkaitan