30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 28, 2021

UMNO tangguh pemilihan semua peringkat 18 bulan

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Pemilihan jawatan di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO ditangguhkan selama 18 bulan mulai 30 Jun 2021.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan itu telah dipersetujui oleh MKT UMNO.

“Keputusan ini adalah selaras dengan Perlembagaan UMNO Fasal 10.16 iaitu Majlis Kerja Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat MKT, bahagian dan cawangan.

“Penangguhan ini tidak boleh lebih daripada lapan belas (18) bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

AHMAD MASLAN

Beliau menjelaskan, tempoh tiga tahun selepas pemilihan UMNO yang terakhir adalah genap pada 30 Jun 2021 dan dalam keadaan biasa, parti sepatutnya membuat pemilihan semula.

Namun, Ahmad Maslan memberitahu, mesyuarat MKT sebelum ini menetapkan agar UMNO merujuk kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bagi mendapatkan panduan kerana negara dan rakyat sedang menghadapi pandemik COVID-19.

“Saya telah menemui sendiri dan menulis surat kepada Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Ketua Pengarah Kesihatan dan menulis kepada Ketua Pengarah ROS.

“Surat-surat jawapan telah diperolehi daripada Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 10 Mei lalu, Ketua Pengarah ROS bertarikh 2 Jun lalu dan MKN bertarikh 11 Jun lalu,” jelasnya.

Menurut beliau, intipati surat jawapan daripada Kementerian Kesihatan dan MKN mencadangkan agar mesyuarat dan pemilihan UMNO dibuat secara maya.

Baca juga:   Dr Zul, kenapa padam dua perenggan ayat dalam FB? - Najib
Baca juga:   Tiada kerjasama dengan UMNO, hanya perbincangan awal - Anwar

Pada masa yang sama, Ahmad Maslan menambah, disebut dalam surat Kementerian Kesihatan dan MKN juga sekiranya tidak boleh dibuat secara maya, maka pemilihan perlu ditangguhkan hingga ke satu tarikh dan keadaan bila pandemik COVID-19 adalah terkawal.

Beliau mengingatkan bahawa terdapat 66,287 mesyuarat dan pemilihan yang perlu diadakan melibatkan kehadiran seramai 3.3 juta ahli UMNO melibatkan 21,135 mesyuarat cawangan, 21,058 mesyuarat Wanita cawangan, 15,496 mesyuarat Pemuda cawangan dan 8,598 mesyuarat Puteri cawangan.

Ahmad Maslan berkata, terdapat juga 764 persidangan perwakilan bahagian yang terdiri daripada 191 persidangan untuk setiap empat peringkat di bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri.

“Semua ini mesti dijalankan secara serentak dalam tempoh dua hujung minggu.

“Tentunya sukar persidangan perwakilan bahagian empat peringkat diadakan secara serentak dalam keadaan wujudnya kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau PKP Bersyarat (PKPB) atau PKP Diperketatkan (PKPD),” ujarnya.

Menurut beliau, UMNO tidak pernah melaksanakan mesyuarat dan persidangan dengan pemilihan secara maya di semua peringkat.

Ahmad Maslan berkata, kekhuatiran berlaku kesilapan teknikal yang tinggi dengan kesukaran liputan internet di kawasan luar bandar adalah suatu masalah yang benar.

“Walaupun demikian, mesyuarat cawangan, bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO 2021, tanpa diadakan pemilihan dengan kehadiran hanya 25 peratus korum masih perlu dibuat termasuk secara maya. Ini untuk memenuhi prosedur tahunan pertubuhan.

Baca juga:   Syed Saddiq bayangkan tak sertai Pejuang, tubuh pergerakan belia

“Jika ada pemilihan, tentunya tidak boleh syarat 25 peratus kehadiran itu dipakai kerana semua ahli seramai 3.3 juta orang mempunyai hak untuk mengundi,” katanya.

Beliau menambah, cadangan oleh Mesyuarat Pengurusan yang telah dibentang dalam Mesyuarat MKT, untuk tarikh Mesyuarat Cawangan empat peringkat (tanpa pemilihan) hendaklah diadakan pada 15 Ogos hingga 30 September 2021.

Baca juga:   Dr Zul, kenapa padam dua perenggan ayat dalam FB? - Najib

Ahmad Maslan berkata, mesyuarat tersebut boleh diadakan dengan kehadiran hanya 25 peratus daripada jumlah ahli dengan kaedah maya jika kawasan cawangan itu mempunyai liputan internet.

“Di kawasan luar bandar tanpa internet, bolehlah diadakan secara bersemuka, jika dibenarkan oleh prosedur operasi standard (SOP).

“Jika tidak boleh mengadakan mesyuarat kerana halangan SOP dan halangan liputan internet, kebenaran hendaklah dipohon kepada Ibu Pejabat UMNO yang akan mendapatkan persetujuan daripada ROS,” jelasnya. – EDISI 9

Terkini

Bekas mufti luah syukur Sittah Annur bertaubat

CYBERJAYA - Bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang juga bekas Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan