26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Dua lelaki terlibat pergaduhan dibebas dengan jaminan polis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA MUDA – Dua lelaki yang terlibat dalam pergaduhan dengan memegang parang di salah sebuah kedai bunga di Sungai Petani, sehingga pengaduhan berkenaan tular di media sosial Ahad lalu, telahpun dibebaskan dengan jaminan polis.  

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, sebelum itu, polis telah membuat tangkapan ke atas kedua-dua suspek berumur antara 29 hingga 36 tahun pada pukul 10 malam selepas menerima laporan polis daripada orang awam berkaitan pergaduhan tersebut.

“Hasil siasatan polis di bawah  Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan , mendapati kedua lelaki India tersebut merupakan adik-beradik dan mereka bergaduh ekoran dari selisih faham berkaitan dengan hutang.

“Daripada semakan rekod jenayah lampau mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dari penyalahgunaan dadah.

Advertisements

“Berikutan itu, kedua-dua suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis ekoran dari faktor kesihatan.

 “Sehubungan dengan itu, polis mohon supaya masyarakat tidak memanipulasikan video tersebut dan tidak memuat naik ke media sosial sebaliknya boleh tampil ke balai polis berhampiran untuk memberi maklumat,”katanya menerusi kenyataan media di sini.

Dalam masa sama, beliau berkata, pihaknya mengalu-alukan kepada masyarakat agar sentiasa menyalurkan segala bentuk maklumat kejadian jenayah dan dadah agar dapat tindakan tegas dapat diambil untuk mengatasinya.

Terdahulu, satu klip video berdurasi selama tiga minit tular pada 25 Julai lalu, lebih kurang pukul 8 malam melibatkan kes pergaduhan dua lelaki India dengan memegang parang di salah sebah kedai bunga di kawasan Sungai Petani.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan