24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

6.1 juta populasi dewasa KL, Selangor terima vaksin Ogos

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seramai 6.1 juta populasi dewasa di Kuala Lumpur dan Selangor disasarkan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 menjelang bulan depan, dalam operasi kapasiti lonjakan vaksinasi Lembah Klang bermula 26 Julai hingga 1 Ogos 2021.

Berdasarkan data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), memaklumkan, seramai 3.5 juta individu telah menerima dos pertama  setakat 15 Julai lalu sekali gus melepasi sasaran 1.3 juta penerima dos pertama yang diletakkan kelmarin.

“Dengan kejayaan itu, 1.3 juta lagi sasaran diletakkan bagi penerima dos pertama sehingga 1 Ogos depan.

“Ia membabitkan jumlah dos bakal diberikan setiap hari adalah sebanyak 272,000 dos,”katanya.

Advertisements

Sementara itu, sejumlah 399,135 dos vaksin harian COVID-19 telah diberikan kepada penerima di bawah  Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.

Bagaimanapun, pemberian dos vaksin itu sedikit menurun, berbanding kelmarin dengan jumlah pemberian vaksin harian COVID-19 kepada penerima adalah sebanyak 417,738 dos.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, sejumlah 281,481 individu telah menerima dos pertama.

“Manakala, seramai 117,654 individu telah melengkapkan suntikan vaksin dos kedua mereka,”katanya menerusi perkongsian di Twitter beliau, hari ini.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan