29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Jemaah Malaysia dibenar tunai umrah mulai 1 Muharam

Mesti Baca

CYBERJAYA – Alhamdulillah, akhirnya umat Islam dari negara ini mendapat khabar gembira apabila mereka boleh menunaikan umrah selepas sekian lama tidak dibenar melakukannya ekoran pandemik COVID-19.

Ini susulan keputusan kerajaan Arab Saudi membenarkan umat Islam dari seluruh dunia, termasuk Malaysia menunaikan ibadah tersebut di Tanah Suci mulai 1 Muharam ini.

Bagaimanapun, menurut kenyataan Penjaga Dua Kota Suci, Haramai Sharifain, jemaah mesti memenuhi syarat dan ketetapan yang telah digariskan.

Katanya, mereka mestilah sudah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 sama ada jenis Pfizer, Mordena, AstraZeneca atau Johnson & Johnson (J&J).

Malah bagi mereka yang menerima vaksin-vaksin tersebut dari negara China, perlu pula mengambil suntikan “booster”.

“Semua negara boleh membuat penerbangan terus kecuali sembilan negara iaitu India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan dan Lubnan yang mana perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di negara ketiga sebelum tiba di Arab Saudi,” kata kenyataan itu menerusi Facebooknya.

Haramain Sharifain berkata, hanya mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas sahaja yang dibenarkan menunaikan umrah.

“Mereka juga perlu memohon visa ketibaan daripada agensi umrah yang ditauliahkan oleh Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi,” katanya.

Semalam, jemaah umrah yang pertama selepas musim haji tahun ini tiba di Masjidil Haram.

Saudi Gazette melaporkan, kesemua jemaah terbabit mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Kemasukan mereka ke dalam Masjidilharam melalui pintu khas dikawal selia oleh Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci dengan kerjasama pihak berkuasa Arab Saudi yang berkaitan.

Langkah itu bagi memastikan pematuhan SOP dalam kalangan jemaah berkenaan, termasuk dari segi penjarakan fizikal.

Pematuhan SOP sepenuhnya dikuatkuasakan agar para jemaah dapat melaksanakan ibadah umrah dengan mudah dan tenang. – Edisi 9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan