28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Bantuan kewangan MM2H diperluaskan – MOTAC

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kerajaan bersetuju memperluaskan bantuan kewangan kepada syarikat Malaysia My Second Home (MM2H) berlesen yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 697 buah syarikat dalam industri itu. 

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyeru syarikat MM2H yang berlesen di bawah MOTAC untuk mengambil peluang ini untuk mengemukakan permohonan kepada pihak kementerian. 

“Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Ogos 2021 dan sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan,” katanya. 

MOTAC berkata, terdahulu pihak kementerian telah melancarkan beberapa inisiatif bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh Syarikat Pengendali Pelancongan yang berlesen di bawah kementerian yang terkesan dengan wabak COVID-19.

Advertisements

 “Salah satunya ialah di bawah inisiatif Program Strategik Memperksa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), iaitu manfaat bantuan kewangan sebanyak RM3,000 yang diberikan secara One-Off kepada Syarikat Pengendali Pelancongan yang layak.

“Mengambil kira MM2H yang mempunyai lesen inbound di bawah MOTAC yang turut terjejas semasa pandemik Covid-19, kerajaan telah bersetuju untuk memperluaskan bantuan kewangan kepada syarikat MM2H yang berlesen. 

“Bantuan ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 697 syarikat MM2H,” katanya. 

MOTAC berkata, untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan PEMERKASA 2021 bagi syarikat MM2H yang berlesen di bawah MOTAC, sila layari laman sesawang rasmi MOTAC di http://www.motac.gov.my/pemerkasamotac2021_mm2h atau menghubungi Pejabat MOTAC Negeri yang berdekatan.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan