26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Usaha UMNO gesa Darurat tidak dilanjut berhasil

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Usaha UMNO mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar Proklamasi Darurat tidak diteruskan selepas 1 Ogos ini dilihat membuahkan hasil.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam telah menggariskan ketetapan parti itu mengenai Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinannya yang perlu dibatalkan dan tidak diteruskan selepas 1 Ogos 2021.

Menurut beliau, susulan daripada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah mengumumkan dalam sidang khas Dewan Rakyat hari ini bahawa kerajaan tidak akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat yang baharu selepas 1 Ogos.

Takiyuddin menambah, berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan darurat yang telah dibuat semasa Proklamasi Darurat adalah dibatalkan.

“Sehubungan itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada Presiden UMNO dan kepimpinan UMNO yang sejak awal lagi dan secara berterusan telah menjunjung titah Seri Paduka dan membawa suara rakyat agar darurat tidak diteruskan selepas 1 Ogos 2021 ini.

“Saya yakin hasil daripada desakan berterusan daripada parti UMNO seperti ini telah membuahkan hasil sehingga kerajaan Persekutuan akur kepada desakan-desakan tersebut,” katanya yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam kenyataan media semalam, Ahmad Zahid membuat kejutan dengan mengarahkan semua Ahli Parlimen dari parti itu mengusulkan agar Parlimen membahaskan dan membatalkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinannya.

Beliau berkata, tindakan itu perlu dilakukan untuk menzahirkan pendirian parti.

“Ahli-ahli Parlimen UMNO mesti menzahirkan sokongan melalui undi untuk membatalkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinannya,” katanya

Ahmad Zahid turut menggariskan enam asas bagi mewajarkan ketetapan yang dibuat oleh UMNO itu. – EDISI 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan