27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 21, 2021

14,516 kes baharu harian COVID-19, Johor melonjak naik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes baharu harian COVID-19 negara hari ini merekodkan penurunan berbanding semalam dengan 14,516 kes dilaporkan.

Semalam, negara dikejutkan kes baharu harian COVID-19 yang melepasi angka 17,000 dengan 17,045 kes dilaporkan.

Dengan pertambahan jumlah kes baharu harian tersebut, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 1,027,954 kes.

Daripada 14,516 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 95 kes, 0.7 peratus (97.9 peratus kes tiada sejarah vaksinasi) adalah daripada kategori lima (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan) dan sebanyak 77 kes, 0.5 peratus (85.7 peratus kes tiada sejarah vaksinasi) kategori empat (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen).

Manakala, sebanyak 83 kes, 0.6 peratus (67.5 peratus kes tiada sejarah vaksinasi) melibatkan kategori tiga (radang paru-paru).

Sementara itu, sebanyak 7,045 kes, 48.5 peratus (87.6 peratus kes tiada sejarah vaksinasi) melibatkan kategori dua (bergejala ringan) dan 7,216 kes, 49.7 peratus (95. 1 peratus kes tiada sejarah vaksinasi) kategori satu (tidak bergejala).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baru didiagnosa COVID-19.

“Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan mereka sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Baca juga:   PKPB dilanjutkan hingga 9 Jun, dilarang rentas negeri semasa raya

“Secara keseluruhannya, pada mula didiagnosa 1.8 peratus kes dilaporkan hari ini berada pada kategori tiga hingga lima (84 peratus tiada sejarah vaksinasi) dan 98.2 peratus kes pada kategori satu dan dua (92 peratus tiada sejarah vaksinasi).

Baca juga:   ICU dipenuhi pesakit Covid-19, pesakit biasa 'dikorbankan'?

“Didapati majoriti besar kes yang baharu didiagnosa COVID-19 iaitu 92 peratus tidak mempunyai sejarah vaksinasi.

“Oleh itu, segeralah dapatkan vaksinasi agar anda dan keluarga terlindung daripada bahaya jangkitan COVID-19,” katanya menerusi kenyataan kenyataan media di sini.

Dr Noor Hisham berkata, bagi kes kategori satu dan dua yang berisiko rendah dan mempunyai kediaman yang sesuai dibenar menjalani isolasi di rumah.

“Ini dapat membantu mengurangkan kesesakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan hospital-hospital terutama di Lembah Klang.

“Oleh itu, kes-kes kategori tiga hingga lima akan dimasukkan ke PKRC, wad-wad hospital dan juga Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital.

“Apabila dilihat senario di hospital-hospital, sememangnya pesakit kategori tiga hingga lima jauh lebih tinggi peratusannya.

“Ini kerana kebanyakan pesakit kategori satu dan dua diisolasi di rumah (berisiko rendah dan mempunyai kediaman yang sesuai/memenuhi syarat),” katanya.

Terdahulu, menerusi perkongsian di Twitter, beliau memaklumkan, Selangor merekodkan penurunan kes baharu harian iaitu sebanyak 6,508 kes, berbanding 8,500 sehari sebelumnya.

“Bagaimanapun, kes baharu harian di Johor melonjak naik dengan sebanyak 1,449 kes (950 kes) dilaporkan.

Baca juga:   3,170 kes baharu akibat kegiatan rentas negeri

“Namun begitu, beberapa negeri mula merekodkan penurunan kes iaitu Kuala Lumpur dengan 1,425 kes diikuti Kedah (1,160 kes), Sabah (720 kes), Perak (590 kes), Negeri Sembilan (452 kes), Pulau Pinang (402 kes) dan Perlis (dua kes).

” Lain – lain Pahang (386 kes), Sarawak (356 kes), Terengganu (245 kes) dan Labuan (lapan kes)

“Sementara, kes baharu harian COVID-19 di Melaka meningkat kepada 373 kes diikuti Kelantan (346 kes), dan Putrajaya (94 kes),”menurut ciapan Twitter beliau di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak 207 kes kematian lagi dilaporkan pada hari ini yang melibatkan 57 kes di Selangor, 52 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 24 kes di Johor dan 19 kes di Kedah.

Baca juga:   KKM rayu orang ramai tidak pulang kampung sambut Aidiladha

“Sementara itu, 18 kes di Melaka, 14 kes di Negeri Sembilan, tujuh (7) kes di Pahang, enam (6) kes di Sabah, lima (5) kes di Perak, tiga (3) kes di Pulau Pinang, dan dua (2) kes di Terengganu,” katanya. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Majlis-majlis Pemulihan Negeri pastikan PPN dilaksana secara holistik

PENUBUHAN Majlis-majlis Pemulihan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing merupakan pendekatan terbaik bagi memastikan Pelan...

Lagi Artikel Berkaitan