29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Dakwaan vaksin sebabkan AEFI adalah mitos – NPRA

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DAKWAAN bahawa semua kesan advers susulan imunisasi (AEFI) COVID-19 adalah berpunca daripada vaksinasi adalah mitos, kata Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM).

Data yang dikongsi oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menunjukkan bahawa AEFI juga akibat stres kerana bimbang atau takut untuk diimunisasi.

“Sebarang kesan advers yang berlaku selepas vaksinasi boleh dilaporkan, walaupun masih belum jelas sama ada vaksin adalah punca kejadian buruk itu atau tidak.

“Tidak semua AEFI yang dilaporkan adalah berpunca daripada vaksin yang diberikan.

“Kesan advers yang dilaporkan berkemungkinan juga disebabkan oleh stres akibat kebimbangan atau ketakutan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

NPRA juga memaklumkan, kesan advers yang dilaporkan berkemungkinan juga disebabkan penyakit yang belum dikesan, penyakit sedia ada, atau disebabkan ubat-ubatan lain yang sedang diambil oleh penerima vaksin.

“Kesan advers juga boleh berlaku secara kebetulan dan disalah anggap sebagai AEFI,” kongsinya.

22 Januari lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata secara keseluruhannya, sistem pelaporan AEFI Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menerima sejumlah 24,411 laporan AEFI melibatkan dos penggalak.

Menurut beliau, sebanyak 51 kes iaitu bersamaan 5.2 peratus daripada 984 laporan AEFI bagi dos penggalak vaksin COVID-19, bersamaan kadar 0.005 laporan bagi setiap 1,000 dos, diklasifikasikan sebagai serius setakat 20 Jan.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan