24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

4 jenis perniagaan boleh beroperasi mulai 16 Julai

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju untuk membenarkan kedai komputer dan telekomunikasi serta kedai buku dan alat tulis untuk beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa mulai 16 Julai 2021.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran beroperasi itu diberikan setelah mengambil kira maklum balas daripada para pelajar, ibu bapa serta tenaga pengajar.

Menurut beliau, kelonggaran itu juga adalah bagi memastikan guru serta pelajar dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran PdPR tanpa sebarang gangguan.

Sabah
Gambar: Facebook Ismail Sabri Yaakob

“Selain itu, sidang khas juga bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau ke kawasan PKPD dengan syarat mendapat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan professional,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Berhubung tindakan penguatkuasaan semalam, Ismail Sabri memberitahu, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan sebanyak 80,339 pemeriksaan COVID-19 termasuk secara mengejut di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,029 orang.

Beliau yang juga Menteri Kanan Pertahanan menambah, pemeriksaan turut merangkumi sebanyak 2,246 kilang, 15,682 premis perniagaan, 924 tapak pembinaan dan 326 asrama penempatan pekerja.

Advertisements

“Dari jumlah itu, sebanyak 180 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan,” jelasnya.

Selain itu, Ismail Sabri memberitahu, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah melakukan 80,339 pemeriksaan semalam.

Menurut beliau, operasi pematuhan itu melibatkan 4,156 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 19,029 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Semalam, seramai 438 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 404 individu dikompaun manakala 33 lagi direman dan satu dijamin,” katanya.

Ismail Sabri berkata, pasukan keselamatan juga berjaya menahan seramai 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas empat kenderaan darat dalam Op Benteng semalam. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan