27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

135,000 ujian saringan lonjak jumlah kes dikesan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Peningkatan mendadak sebanyak 13,215 kes positif COVID-19 hari ini adalah hasil daripada 135,000 ujian saringan yang dijalankan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 60.9 peratus kes baharu penularan jangkitan COVID-19 melibatkan kategori satu dan dua turut dikesan semalam, susulan langkah ujian saringan COVID-19 yang dilaksanakan di lapangan dan dalam kalangan komuniti.

“Selangor telah melaksanakan sebanyak 50,891 saringan, Kuala Lumpur sebanyak 15,693 saringan dan Negeri Sembilan sebanyak 9,792 saringan,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham memaklumkan, berdasarkan pecahan daripada kes harian yang dilaporkan, sebanyak 8,047 kes (60.9 peratus) adalah kategori satu tidak bergejala manakala, sebanyak 4,637 kes (35.1 peratus) kategori dua bergejala ringan.

“Selebihnya sebanyak 531 kes (4.0 peratus) adalah kategori tiga hingga kategori lima. Ini menunjukkan sebahagian besar daripada kes positif COVID-19 yang dilaporkan adalah daripada kumpulan tidak bergejala dan bergejala ringan.

“Kategori tiga ini mengalami jangkitan paru-paru, kategori empat pula memerlukan bantuan pernafasan dan kategori lima yang memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Baca juga:   Suntikan vaksin percuma termasuk di klinik swasta - Khairy

Dalam masa sama, jelasnya, jangkitan varian baharu yang boleh berlaku dalam tempoh 15 saat juga antara faktor kes melonjak tinggi.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 26 kluster baharu telah dikenal pasti terdiri daripada 15 kluster tempat kerja, enam kluster komuniti, tiga kluster pusat tahanan dan dua kluster pendidikan tinggi.

Baca juga:   Tabung Haji nafi wujud kartel, dakwaan tidak berasas

“Kluster tersebut ialah Kluster Industri Teknologi Cheng Satu (68 kes), Kluster Jalan Anggerik Muar (68 kes), Kluster Industri Jalan Perusahaan Lima (48 kes), Kluster Industri Jalan Besi Satu (45 kes), Kluster Salak Land (41 kes), Kluster Persiaran Tun Perak (29 kes), Kluster Industri Batu 34 Dengkil-Banting (27 kes).

“Selain itu, Kluster Jalan Angkasa Masa Dua (18 kes), Kluster Persiaran Anggun (16 kes), Kluster Jalan Seri Utara (14 kes), Kluster Satu Timur (14 kes), Kluster Bintang Meranti (13 kes), Kluster Lebuh Tanjung Satu (12 kes), Kluster Industri Dewani Satu (tujuh kes) dan Kluster Jalan Pinang (tujuh kes),” katanya.

Selebihnya, katanya, Kluster Sri Sabah (91 kes), Kluster Desa Temuan (55 kes), Kluster Kota Klias (44 kes), Kluster Taman Pelangi Kluang (17 kes), Kluster Jalan Kampung Permatang Pasir (14 kes) dan Kluster Langkap (12 kes).

“Lain-lain, Kluster Tembok Pengkalan Chepa 2 (105 kes), Kluster Tembok Ayer Keroh (42 kes), Kluster Pagar Tropika Satu (34 kes), Kluster Jalan Gombak 3 (62 kes) dan Kluster Lingkaran Wawasan (40 kes),”katanya.

Baca juga:   Lelaki terkejut jumpa bom tangan, puluhan peluru

Jelas beliau, terdapat 110 kes kematian COVID-19 lagi dilaporkan pada hari ini.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 15 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID). – Edisi 9

Wartawan

Baca juga:   Rapatkan saf di masjid, KKM perlu masa keluarkan kebenaran

Terkini

Arif Aiman, Endrick terlepas aksi menentang Hong Kong

SKUAD Harimau Malaysia kehilangan dua tonggak utama Arif Aiman dan Endrick dos Santos akibat kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa...

Lagi Artikel Berkaitan