30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 26, 2022

Lembah Klang perlu ikut kaedah digunakan Labuan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Lembah Klang perlu mengambil contoh kaedah yang gunakan di Labuan dalam usaha membendung penularan jangkitan COVID-19 dengan meningkatkan pemberian vaksin COVID-19 dan tahap kesihatan awam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes penularan jangkitan COVID-19 di Labuan sebelum ini pernah mencecah 1,340 kes hanya dalam tempoh seminggu.

“Kes yang dilaporkan ketika itu melibatkan varian delta iaitu terdiri daripada pekerja industri perkapalan.

“Bagaimanapun, hasil tindakan kita dalam mempertingkatkan tahap kesihatan awam serta pemberian vaksin dengan dos pertama (87 peratus) dan dos kedua (52 peratus) di Labuan, dalam tempoh dua minggu sahaja kes jangkitan dapat dikawal.

” Justeru pendekatan kaedah ini perlu diguna pakai di Lembah Klang bagi membendung penularan jangkitan selain meningkatkan pemberian vaksin COVID -19 dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Baca juga:   5,714 pelajar UPSI kembali ke kampus secara berperingkat

Dr Noor Hisham berkata, sejumlah lima juta dos dijangka akan diberikan kepada Lembah Klang dan setakat ini sebanyak 3.1 juta penduduk di Lembah Klang telah mendapat satu dos.

“Jadi dengan peningkatan pemberian vaksin sehingga lima juta dos dalam tempoh terdekat ini, mampu untuk mencapai vaksinasi bagi seluruh penduduk di Lembah Klang pada 1 Ogos depan sekurang-kurangnya satu dos.

“Sekiranya pemberian vaksin tersebut dipertingkatkan, kemasukan pesakit positif COVID-19 ke hospital boleh dikurangkan,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Yang buat surat palsu ini 'goblok' - Ahmad Maslan

Wartawan

Terkini

Mohon semua pihak tidak keluarkan kenyataan ganggu gugat

MENTERI Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi amaran kepada semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh...

Lagi Artikel Berkaitan