30 C
Kuala Lumpur
Monday, October 3, 2022

Kabinet setuju tambah baik pengurusan, operasi TH

Mesti Baca

CYBERJAYA – Mesyuarat Jemaah Menteri semalam bersetuju menambah baik pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) secara menyeluruh yang antara lain melibatkan cadangan dasar model baharu operasi dan semakan pindaan Akta Tabung Haji 1995.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan cadangan model baharu operasi TH itu akan diteliti secara bersama oleh Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan TH.

Selain itu, ia berkata Jemaah Menteri bersetuju dengan penyenaraian TH sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang ditetapkan di bawah Seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia BNM.

Bernama melaporkan, menurut kementerian itu, kerajaan turut bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 bagi meneliti dapatan pengauditan perunding bagi tempoh 2014 hingga 2018 serta langkah pemulihan yang dilaksanakan TH berdasarkan dapatan perunding terbabit hingga 2020.

Baca juga:   Dilantik menteri, Mahdzir tidak terima sebarang makluman

“Bagaimanapun, seperti diputuskan oleh Jemaah Menteri semalam, skop suruhanjaya ini tidak akan merangkumi usaha penambahbaikan berterusan dan penstrukturan yang sedang dilaksanakan bagi memperkasakan tadbir urus TH,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Kewangan memaklumkan aspek tadbir urus, integriti dan reputasi TH sebagai institusi simpanan kewangan Islam adalah amat penting bagi memastikan kedudukan kewangannya lebih kukuh dan stabil, untuk menjamin dan memelihara kepentingan para pendeposit dan jemaah haji Malaysia.

Baca juga:   Penerbangan Saudia bawa kumpulan pertama ke Tanah Suci

“Sebagaimana yang termaktub dalam Akta Tabung Haji 1995, simpanan pendeposit kekal selamat dan dijamin kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata antara terma RCI yang telah dipersetujui Jemaah Menteri adalah skop RCI akan tertumpu kepada hasil penemuan perunding-perunding ke atas isu-isu berbangkit TH dari 2014 hingga 2020, tetapi tidak termasuk Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH yang sedang dilaksanakan pada masa ini. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Rakyat tak perlu bimbang amaran cuaca buruk dari Amerika

AMARAN cuaca buruk dikeluarkan di laman web rasmi kedutaan Amerika Syarikat (AS) kepada rakyat mereka di negara ini tidak...

Lagi Artikel Berkaitan