24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Tarikh vaksinasi ‘walk-in’ warga emas belum ditetapkan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Tarikh pelaksanaan vaksinasi walk-in bagi warga emas di Selangor dan Kuala Lumpur akan diumumkan kelak.

Menurut kenyataan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), ia bagi membolehkan perancangan inisiatif ini dimuktamadkan, seperti urusan logistik serta penghantaran bekalan stok vaksin di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Sama penting ialah merancang susunan waktu inisiatif walk-in ini untuk mengelakkan kesesakan di PPV terutamanya bagi warga emas ketika jumlah kes jangkitan COVID-19 yang semakin tinggi.

“Oleh itu, orang ramai berusia 60 tahun ke atas bersama pengiring mereka yang tidak mempunyai janji temu vaksinasi diminta untuk tidak hadir ke mana-mana PPV esok sehingga maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini diumumkan dalam masa terdekat,” jelas kenyataan itu.

Advertisements

Terdahulu, dalam sidang media khas hari ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, warga emas di Lembah Klang yang belum menerima vaksin boleh mendapatkan suntikan secara walk in tanpa memerlukan janji temu di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula esok.

Beliau berkata, langkah itu diambil kerana data menunjukkan masih ada lagi warga emas yang masih belum disuntik.

“Di Selangor dan Kuala Lumpur, mereka yang berusia 60 tahun yang masih belum menerima vaksin, boleh walk in. Data menunjukkan masih ada lagi golongan ini yang masih belum divaksinasi,” katanya.

Dr Adham turut menambah, projek perintis yang bermula di Selangor dan Kuala Lumpur itu akan dikembangkan ke negeri-negeri lain dalam masa terdekat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan