26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

38 premis langgar SOP diarah tutup semalam

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Sebanyak 38 premis termasuk kilang, premis pemiagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup semalam kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu adalah hasil pemeriksaan ke atas 1,970 buah kilang, 16,530 premis pemiagaan, 1,031 tapak pembinaan dan 272 buah asrama penempatan pekerja.

“Semalam Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 83,215 pemeriksaan dan snap check COVID-19 di seluruh negara dengan
jumlah kekuatan anggota seramai 19,567 orang” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Menteri Kanan Pertahanan memberitahu, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 83,215 pemeriksaan semalam.

Ismail Sabri menambah, ia melibatkan 4,339 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 19,567 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Semalam, 388 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 355 individu dikompaun manakala 31 lagi direman dan dua dijamin,” jelasnya.

Menurut beliau, pasukan keselamatan juga telah menahan 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas tiga kenderaan darat dalam Op Benteng semalam.

Baca juga:   KKM diminta senaraikan anak kematian ibu bapa akibat Covid

“Op Benteng melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 890 sekatan jalan raya (SJR) semalam,” ujarnya.

Baca juga:   Kutipan hasil kerajaan meningkat 8.9 peratus - Ismail Sabri

Semalam, seramai 383 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.

Secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, seramai 252,422 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua ditempatkan di 82 hotel dan 11 institut latihan awam (ILA) serta institut pengajian swasta di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 9,197 individu telah dikuarantin dan 239,846 orang dibenarkan pulang manakala 3,379 lagi dibawa ke hospital,” kata Ismail Sabri.

Semalam, sebanyak 159 operasi disinfeksi telah dilaksanakan di seluruh negara yang merangkumi 67 zon merah, lima zon jingga dan empat zon kuning.

Operasi disinfeksi itu melibatkan 841 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan 241 pihak berkuasa tempatan (PBT) serta 148 buah jentera JBPM.

Secara kumulatif, sebanyak 33,111 operasi disinfeksi merangkumi 157 zon dilakukan sejak 30 Mac 2020.

Operasi sanitasi melibatkan pusat pemiagaan, kawasan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), tempat awam, pasarr aya dan bangunan kerajaan. – EDISI 9

Baca juga:   Hanya 967 mangsa di Batu Pahat ditempatkan di PPS

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan