29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Tiga talian tambahan mudahkan permohonan Bakul Prihatin

Mesti Baca

 

CYBERJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan tiga talian tambahan untuk memudahkan permohonan Bakul Prihatin Negara yang dilancarkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khamis lalu.

Menteri berkenaan Datuk Seri Rina Mohd Harun dalam kenyataan hari ini berkata inisiatif itu berikutan pertanyaan dan permohonan yang sangat tinggi yang diterima oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak permohonan dibuka.

Tiga talian tambahan itu ialah 03-8323 2176, 03-8323 2177 dan 03-8323 2178.

Selain penyediaan tiga talian itu, kementerian itu turut menyediakan medium permohonan alternatif melalui penggunaan Google Form di talian 017-729702.

“Kedua-dua saluran permohonan ini akan mula beroperasi jam 12 tengah hari ini.

“Pemohon juga masih boleh terus mengemukakan permohonan menerusi saluran sedia ada seperti menghubungi Bilik Gerakan JKM di 108 buah daerah di seluruh negara, Talian Kasih 15999 atau Whatsapp ke 019-2615 999 serta melalui media sosial rasmi kementerian,” katanya

Advertisements

Sejak permohonan dibuka semalam, seramai 1,355 penerima Bakul Prihatin Negara telah disantuni dengan memanfaatkan 4,467 anggota keluarga di beberapa negeri seperti Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Selangor, Perlis, Kelantan, Kedah, Perak dan Johor.

Semalam, seramai 3487 orang telah berdaftar sebagai Sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian JKM yang bertanggungjawab dalam melaksanaan penyampaian bantuan. 

Sementara itu, walaupun Aidiladha, Rina bersama Skuad Prihatin Negara terus turun padang menyantuni pemohon Bakul Prihatin Negara.

Dalam catatan melalui Facebook beliau, Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata, selain Bakul Makanan, mereka juga memorei lemang serta rendang dan barang makanan ‘Ready To Eat’ yang lain.

”Semoga Aidiladha yang disambut tambah bermakna buat mereka. Saya hargai pengorbanan semua dalam kita sama-sama memerangi pandemik Covid-19. Tahun ini juga tahun kedua kita menyambut Aidiladha dalam suasana berbeza.

”Insya-Allah, saya yakin kemelut ini akan berakhir tidak lama lagi. Semoga Allah satukan hati-hati kita semua, kita bantu kita dan semoga kejayaan akan menjadi milik kita semua,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan