32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Srikandi Bersatu minta hentikan fitnah, politik dendam

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SRIKANDI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berharap agar fitnah dan politik dendam yang berniat mencemarkan nama baik Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat dihentikan segera.

Ketua Srikandinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, pada masa ini, Kerajaan sepatutnya menumpukan kepada usaha-usaha membela nasib dan kesejahteraan hidup rakyat yang semakin tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi.

“Srikandi Bersatu yakin Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bersalah dan kami akan terus bersatu berdiri teguh demi menegakkan kebenaran dan memastikan kepimpinan yang berteraskan Islam, bersih, stabil dan keprihatinan kepada rakyat tetap menjadi pilihan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Rina lagi, sokongan rakyat yang semakin meningkat terhadap Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) menyebabkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

“Sokongan rakyat yang semakin meningkat tidak disenangi Kerajaan hari ini dan cubaan pendakwaan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah untuk melemahkan PN,” katanya.

Advertisements

Dalam pada itu, Rina memohon kepada rakyat untuk terus bersama memberikan sokongan kepada Muhyiddin.

“Terus bersama menyokong Abah dan mengadakan solat hajat di tempat masing-masing serta berdoa agar Abah dijauhi dari penganiayaan dan sama-sama kita memohon perlindungan dari Allah agar Negara ini dilindungi dari sebarang kezaliman,” katanya.

Terdahulu, memetik laporan Berita Harian, Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memaklumkan pihaknya ketika ini sedang mengambil keterangan daripada Ahli Parlimen Pagoh itu.

“Esok beliau dijangka akan didakwa. Bukan hari ini,” katanya hari ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertembungan empat penjuru

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Khairul Azhari Saut...

Lagi Artikel Berkaitan