32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Kami tidak takut – Wan Ahmad Fayhsal

Tindakan pendakwaan mahkamah bertujuan menjatuhkan pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENDAKWAAN ke atas Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sesekali menakutkan pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Akmal berkata, tindakan itu diambil berlandaskan fakta bahawa sokongan orang Melayu semakin pudar terhadap kerajaan campuran yang diterajui Pakatan Harapan (PH).

Katanya, dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang semakin hampir, kerajaan terdesak dan mengambil tindakan yang dilihat mahu menjatuhkan pemimpin pembangkang.

“Tetapi apa yang saya boleh katakan, tindakan ini tidak akan sedikit pun memberikan impak kepada kami tetapi kami akan bertindak balas terhadap kerajaan yang menyasarkan pemimpin kami, Muhyiddin.

“Tetap ada kemungkinan semua daripada kami untuk didakwa tetapi saya tidak takut kerana ini adalah sebahagian daripada politik,” katanya ketika ditemui di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Muhyiddin Yassin hadir ke SPRM dipercayai bagi memberi keterangan berhubung kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Bernama melaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan bahawa Muhyiddin sedang ambil kenyataannya dan bakal dihadapkan ke mahkmah esok.

SPRM sebelum ini telah membekukan akaun PPBM dan beberapa individu termasuk bekas Ketua Penerangan PPBM, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, didakwa di mahkamah berkaitan projek Jana Wibawa.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal berkata, dengan tiadanya penguatkuasaan undang-undang mengenai dana politik menyebabkan ahli politik khususnya pembangkang menjadi mangsa.

“Apa yang kita tahu sekarang tiada sebarang akta mengenai sumbangan dana parti politik. Tiada undang-undang yang dikuatkuasakan. Jadi, SPRM dengan mudahnya mendakwa mana-mana parti politik yang menerima dana atau sumbangan politik daripada orang awam.

“Sebagai Ahli Parlimen, saya mahu kerajaan melaksanakan akta ini segera supaya tiada sesiapa daripada kami menjadi mangsa undang-undang,” ujarnya. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan