Tuesday, July 21, 2026

Selamat datang – tulis pengendali Facebook Najib Razak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“WELCOME (selamat datang),”itu hantaran ringkas pengendali Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Hantaran itu, dipercayai merujuk kepada siasatan Suruhanjaya Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin biarpun tiada penjelasan lanjut.

Sebelum ini pemimpin Bersatu termasuk Muhyiddin sering mengaitkan Najib dan beberapa pemimpin UMNO lain dengan gelaran ‘kluster mahkamah’.

Ia berikutan pendakwaan mahkamah dihadapi pemimpin terbabit khususnya berkaitan kes rasuah.

Terdahulu SPRM mengesahkan Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah esok.

“Esok beliau dijangka akan didakwa. Bukan hari ini,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memetik laporan BH Online.

Pagi tadi, Muhyiddin tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 11.18 pagi bagi memberi keterangan dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa). -Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan