33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

KKR kenal pasti kerosakan laluan lama Kuala Lumpur – Bentong

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9


KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) telah mengenal pasti kerosakan jalan di Laluan Jalan Kuala Lumpur – Bentong (Jalan Lama Bentong) sepanjang 34.10 kilometer (km).

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, berdasarkan Anggaran Peruntukan Jalan (APJ) tahun 2023 di bawah Program Penyenggaraan Berkala Pavemen dengan nilai keseluruhan kerja sebanyak RM2 juta, manakala di bawah Program Penyenggaraan Berkala Bukan Pavemen dengan nilai keseluruhan kerja sebanyak RM930,000.

“Bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pengguna di laluan tersebut kerja-kerja ini akan dilaksanakan secara Arahan Kerja (AK) kepada syarikat konsesi .

“Malah ia juga akan tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan serta senarai keutamaan kerja yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) berdasarkan penilaian tahap kritikal kerosakan jalan bagi keseluruhan jaringan Jalan Persekutuan di bawah seliaan kementerian ini,”katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan (Young Syefura Othman – Bentong) Dewan Rakyat, Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Ke-15.

Young Syefura meminta Menteri menyatakan perancangan untuk baik pulih jalan lama Kuala Lumpur – Bentong dari segi cerun runtuh, keadaan jalan raya dan pemasangan lampu jalan.

Dalam pada itu, Alexander berkata, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bagi penyenggaraan cerun runtuh untuk tahun 2023 sebanyak 87 lokasi cerun runtuh telah dikenal pasti untuk cadangan pembaikan.

“Walaubagaimanapun, kementerian ini telah mengenal pasti sebanyak RM4.75 juta untuk melaksanakan pembaikan cerun di tiga lokasi cerun runtuh dan pelaksanaan kerja bergantung kepada senarai keutamaan yang disediakan oleh pihak JKR serta bergantung kepada kelulusan peruntukan oleh Agensi Pusat.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pihak syarikat konsesi yang
dilantik bertanggungjawab melaksanakan kerja penyenggaraan rutin iaitu
skop kerja penyenggaraan pavemen, penyenggaraan bahu jalan, potong
rumput, perabot jalan, mencuci jambatan dan pembetung, mencuci longkang serta pemeriksaan rutin.

“Syarikat konsesi juga bertanggungjawab melaksanakan kerja penyenggaraan berkala pavemen dan bukan pavemen yang dilaksanakan secara Arahan Kerja (AK) berdasarkan peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan,”katanya.

Dalam masa sama, kata beliau, pihak syarikat turut dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kerja kecemasan dengan membuat tindakan segera jika berlaku kejadian yang di luar jangka.

“Sebagai contoh, kerja membersihkan jalan setelah kejadian tanah runtuh, menyediakan pelan pengurusan trafik atau Traffic Management Plan (TMP) dan menyediakan laluan sementara bagi membolehkan jalan dilalui oleh kenderaan.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KKR melalui Jabatan Kerja Raya sentiasa komited dalam memastikan jalan sentiasa dalam keadaan yang selamat dan selesa dengan menjalankan kerja-kerja penyenggaraan rutin sepanjang tahun,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan