30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

1MDB: RM1.89 bilion masuk ke akaun Najib – Penganalisis

Mesti Baca

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa dana RM1.89 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak melalui lapan transaksi pada 2013.

Penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM), Adam Ariff Mohd. Roslan, 29, berkata, dana itu dipindahkan antara 22 Mac 2013 dan 10 April tahun yang sama oleh Tanore Finance Corp, syarikat yang dikawal Eric Tan Kim Loong, yang didakwa sebagai sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Sebelum itu, ia dilaporkan Tanore menerima sejumlah US$890 juta daripada anak syarikat 1MDB, 1MDB Global Investment Limited (1GIL) melalui dua dana fidusiari iaitu Devonshire Capital Growth Fund dan Enterprise Emerging Markets Fund (EEMF) pada Mac 2013.

Hari ini, Adam Ariff, saksi pendakwaan ke-47 mengesahkan Tanore memindahkan US$681 juta ke akaun Najib antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013.

“Menurut penyata bank Najib, didapati sebanyak RM465,000,000 telah dikreditkan melalui tiga transaksi pada 22 Mac 2013 iaitu RM369,974,962.98 dipindahkan pada 28 Mac, tahun yang sama melalui dua transaksi,” katanya.

Advertisements

Adam Ariff berkata demikian ketika mengesahkan laporan jejak wang itu pada perbicaraan kes Najib membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Beliau seterusnya berkata pada 8 April tahun yang sama, Najib juga menerima sejumlah RM152,500,000 dan pada  9 April dan 10 April, beliau menerima RM304,000,000 dan RM602,000,000, masing-masing daripada Tanore.

Pada hari pertama perbicaraan pada 28 Ogos 2019, pihak pendakwaan berhujah bahawa pada 14 Mac 2013, Najib menandatangani surat sokongan untuk mendapatkan pinjaman melalui terbitan bon oleh 1MDB daripada Bank of New York Mellon Group berjumlah US$3 bilion dan pada 19 Mac 2013 sejumlah US$2.721 bilion disalurkan ke akaun 1GIL dengan BSI Bank di Lugano, Switzerland.

Daripada US$2.721 bilion itu, sejumlah US$1,060,606,065 telah dibayar kepada Devonshire dan EEMF. Devonshire menerima US$646,464,649 dalam lima tranche manakala EEMF menerima US$414,141,416 dalam tiga tranche.

Pada 21 Mac 2013, Devonshire memindahkan US$430 juta kepada Granton Property Holding Ltd yang merupakan syarikat yang dikawal oleh Eric Tan. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan