25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Dua maut lori langgar 11 kenderaan di Putrajaya

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DUA penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan pelanggaran sebuah lori dengan 11 kenderaan lain di Kilometer 5.7 Jalan Persiaran Utara, Putrajaya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, A. Asmadi Abdul Aziz berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, beberapa kenderaan berhenti dalam barisan bagi memberi laluan kepada konvoi anggota trafik Le Tour de Langkawi (LTdL) di lokasi kejadian.

Menurut beliau, berasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi nahas, sebuah lori datang dari arah belakang dan mengubah laluan ke bahagian kiri sebelum merempuh barisan kenderaan di situ.

“Kedua-dua mangsa merupakan lelaki warga tempatan berumur 25 dan 29 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Advertisements

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu lori akan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

A. Asmadi berkata, pemandu lori yang merempuh 11 kenderaan lain itu telah ditahan polis.

“Jika dilihat dari CCTV, pemandu lori sebenarnya sempat mengelakkan daripada berlakunya kemalangan dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada ada faktor kecuaian atau teknikal yang mengakibatkan berlakunya rempuhan.

“Suspek merupakan lelaki tempatan berumur 35 tahun dan semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan