26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

DTNN 2030 pacu penggunaan teknologi nuklear secara aman

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DASAR Teknologi Nuklear Negara (DTNN) 2030 dilancarkan hari ini bagi memacu penggunaan teknologi nuklear secara aman ke arah meningkatkan daya saing industri, memperkukuh kesejahteraan rakyat dan memulihara sumber asli dan alam sekitar.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tuan Chang Lih Kang berkata, DTNN 2030 adalah agenda negara dan digubal menggunakan pendekatan bersepadu dan holistik.

Katanya, ia melibatkan pemegang taruh di pelbagai peringkat merangkumi kementerian, agensi, institusi akademik, pemain industri, badan bukan kerajaan dan masyarakat awam.

“DTNN 2030 merupakan dasar yang signifikan dalam usaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk merangka hala tuju strategik jangka panjang bagi memacu pembangunan teknologi nuklear negara sehingga 2030.

“Strategi dan inisiatif yang digariskan dalam dasar ini memberi penekanan untuk mewujudkan ekosistem teknologi nuklear negara yang mampan serta membentuk asas yang kukuh dalam mengarus perdanakan teknologi nuklear secara aman di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas melancarkan DTNN 2030 hari ini.

Advertisements

Lih Kang berkata, DTNN 2030 menggariskan enam Sektor Fokus Utama sebagai sektor yang boleh dipertingkatkan keupayaannya melalui penggunaan teknologi nuklear.

Jelasnya ia termasuka perubatan dan penjagaan kesihatan, makanan dan pertanian, pembuatan peranti dan peralatan, pengurusan alam sekitar dan sumber asli, aplikasi perindustrian; dan keselamatan dan sekuriti nuklear.

“MOSTI akan bertindak sebagai kementerian yang menerajui pelaksanaan dasar ini dan merangka pembangunan dasar yang berkaitan sains dan teknologi nuklear,” katanya.

Menurut beliau, Nuklear Malaysia akan bertindak sebagai agensi penyelaras untuk platform kerjasama nasional termasuk projek strategik berkaitan teknologi nuklear.

“Nuklear Malaysia akan menerajui Jawatankuasa Teknikal Teknologi Nuklear Kebangsaan di mana ahlinya terdiri daripada pakar teknikal daripada agensi kerajaan yang berkaitan, institusi berasaskan negeri, pengawal selia, sektor swasta dan ahli akademik.

“Jawatankuasa ini akan berperanan untuk menyelaras, meneliti serta menasihati aspek teknikal berkaitan teknologi nuklear dalam pelaksanaan dasar ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan