30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Saya pantang orang tidak bercakap benar – Radzi Jidin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, adalah menjadi kepantangan beliau apabila seseorang itu tidak bercakap benar dan jika itu berlaku, beliau akan bangkit mempertahankan maruahnya.

Bercakap menerusi video selama 2 minit 52 saat di Facebook, Radzi menjelaskan insiden yang membawa kepada beliau diarahkan keluar dewan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul semalam.

Jelas Radzi, beliau pada umumnya adalah seorang yang sentiasa mematuhi peraturan dewan dan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggulung berkaitan dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), beliau tidak bangun bertanyakan soalan.

Kata beliau, pada waktu itu amat tenang, keadaan tidak ada apa-apa dan Anwar ketika itu menyentuh tentang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Jadi jika kita lihat dalam jawapan beliau, tak pasal-pasal disentuhnya saya, Ahli Parlimen Putrajaya. Bila dengar perkara ini, saya pantang orang tidak bercakap benar dan saya akan mempertahankan maruah saya.

Advertisements

“Sebab itu, saya bangun minta mudah sahaja supaya (Ahli Parlimen) Tambun (Anwar) tarik balik tuduhan beliau terhadap saya. Saya mohon pada speaker supaya minta agar Tambun tarik tuduhan terhadap saya, itu sahaja,” katanya malam tadi.

Radzi berkata, tetapi apa yang berlaku Perdana Menteri berpusing-pusing hendak jelaskan kononnya beliau tidak merujuk pada beliau selaku Ahli Parlimen Putrajaya.

Sebab itu kata Radzi, beliau perlu pertahankan dan pada kali itu tidak berganjak.

“Sehinggalah saya diminta untuk keluar dewan. Ketua pembangkang bersepakat bahawa kalau Anwar tidak tarik, tidak berlaku adil kepada saya, maka ahli parlimen PN yang lain akan keluar dewan,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan