30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PDRM siasat insiden langgar SOP solat sunat Aidiladha

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan ekoran rakaman video tular berkenaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) solat sunat Aidiladha di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, pagi tadi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, siasatan terperinci tentang pelanggaran SOP solat sunat Aidiladha itu dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah.

Selain itu, kata beliau, Ketua Polis Pulau Pinang juga diminta untuk memberikan laporan serta penjelasan terperinci dengan segera berhubung penugasan anggota PDRM yang dipertanggungjawabkan untuk memantau pematuhan SOP di lapangan, terutamanya semasa Hari Raya Aidiladha tahun ini.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan jaminan bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati terlibat menganjurkan majlis tersebut dan mengarahkan Jabatan Imigresen untuk tidak teragak-agak mengambil tindakan pengusiran di bawah Akta Imigresen 1958/63 sekiranya ia membabitkan warga asing.

“Sementara siasatan dimuktamadkan, KDN menyeru orang awam untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman yang boleh mendatangkan ketidakteraman awam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. – EDISI 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan