24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

16,117 kes baharu harian COVID-19, pesakit di ICU meningkat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes baharu harian COVID-19 negara hari, melepasi angka 16,000 dengan sebanyak 16,117 kes baharu dilaporkan.

Ia membabitkan peningkatan sebanyak 1,601 kes berbanding sebanyak 14,516 kes dilaporkan sehari sebelumnya.

Dengan pertambahan kes baharu harian COVID-19 itu, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia mencecah sebanyak 1,044,071 kes.

Pesakit yang sedang dirawat dan diasingkan juga terus meningkat dengan mencecah sebanyak 170,224 kes termasuk 1,023 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 524 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, jumlah kes sembuh pula mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 11,526 kes dengan kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 865,439 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu tersebut, 87 kes atau 0.5 peratus (95.4 peratus kes tiada sejarah vaksinasi) melibatkan kategori lima iaitu kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Seterusnya, 124 kes atau 0.8 peratus (83.9 peratus kes tiada sejarah vaksinasi) kategori empat radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen dan 135 kes atau 0.8 peratus (73.3 peratus kes tiada sejarah vaksinasi) kategori tiga radang paru-paru.

“Terdapat 6,710 kes atau 41.6 peratus (79.5 peratus kes tiada sejarah vaksinasi) kategori dua bergejala ringan dan 9,061 kes atau 56.3 peratus (94.4 peratus kes tiada sejarah vaksinasi) kategori satu tidak bergejala,” katanya dalam kenyataan media, di sini.

Beliau berkata, data tersebut berdasarkan keadaan klinikal semasa baru didiagnosis COVID -19 dan ada di antara mereka kekal di kategori sama sepanjang tempoh jangkitan.

“Namun ada juga berubah status kesihatan sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Advertisements

“Secara keseluruhannya pada mula didiagnosis, 2.1 peratus kes dilaporkan berada pada kategori tiga hingga lima (82.7 peratus tiada sejarah vaksinasi) dan 97.9 peratus kes pada kategori satu dan dua (88.1 peratus tiada sejarah vaksinasi),”katanya.

Terdahulu, dalam perkongsian di Twitter, Dr. Noor Hisham berkata, Selangor masih merekodkan angka melepasi 6,000 dengan sebanyak 6,616 kes dilaporkan berbanding semalam, 6,508 kes.

“Kes baharu harian COVID-19 di Kuala Lumpur juga menunjukkan peningkatan ketara dengan sebanyak 2,457 kes berbanding 1,425 kes sehari sebelumnya.

“Diikuti Kedah sebanyak 1,000 kes, Johor (907 kes), Sabah (741 kes), Melaka (674 kes), Negeri Sembilan (669 kes), Pulau Pinang (618 kes) dan Kelantan (592 kes).

“Seterusnya, Perak (583 kes), Sarawak (405 kes), Pahang (403 kes), Terengganu (317 kes) dan Putrajaya (122 kes).

“Labuan pula 11 kes dan Perlis dua kes,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, sebanyak 42 kluster baharu dilaporkan melibatkan 25 kluster tempat kerja, 12 kluster komuniti, masing-masing dua kluster pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pendidikan dengan jumlah kes positif sebanyak 1,221 kes.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 207 kes kematian lagi direkodkan hari ini iaitu jumlah sama seperti kelmarin.

“Ia terdiri daripada 181 warga Malaysia dan 26 warga asing dengan 31 kes meninggal dunia di luar hospital atau Brought In Dead,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan