25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, October 3, 2022

Azhar nafi tak benarkan ahli Parlimen UMNO tukar tempat duduk

Mesti Baca

CYBERJAYA – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan sekeras-kerasnya laporan sebuah portal berita bahawa beliau tidak membenarkan empat Ahli Parlimen UMNO menukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat.

Azhar menganggap laporan portal berita tersebut sebagai satu pembohongan dan fitnah terhadapnya kerana beliau tidak menerima sebarang permohonan daripada keempat-empat Ahli Parlimen UMNO yang dinyatakan.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya laporan berita tersebut dan ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah menerima apa-apa permohonan daripada Ahli-ahli Parlimen berkenaan.

“Saya anggap berita tersebut adalah satu pembohongan dan fitnah terhadap saya,” katanya menerusi kenyataan kepada media hari ini.

Azhar mengulas laporan berita Malaysia Dateline hari ini bertajuk ‘Zahid, tiga lagi MP juga minta pindah kerusi ke blok Bebas‘.

Empat Ahli Parlimen UMNO yang disebutkan ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan (Pontian), Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut) dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang).

Baca juga:   Zahid cabar letak jawatan... Ini jawapan Annuar

Sebelum itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah memohon agar tempat duduknya di Dewan Rakyat dipindahkan atas alasan beliau ditempatkan dalam kumpulan seolah-olah menjadi penyokong kerajaan.

Dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Azhar wakil rakyat UMNO itu memohon agar tempat duduknya dipindahkan berhampiran blok Bebas yang tidak menyokong kerajaan sekarang ini.

Baca juga:   Zahid cabar letak jawatan... Ini jawapan Annuar

Sementara itu, Azhar dalam kenyataan media hari ini mengesahkan menerima surat tersebut.

“Selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat, saya mengambil maklum keputusan Ahli Parlimen Gua Musang itu dan telah mengarahkan Setiausaha Dewan Rakyat mengambil tindakan sewajarnya,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lelaki Afrika mati ditetak lepas berhibur

LAPAN warga Afrika termasuk dua wanita ditahan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang maut ditetak di kawasan pusat...

Lagi Artikel Berkaitan