26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

GLU tawar kursus simbiotik antara 4 universiti

Mesti Baca

Cyberjaya 27 Julai 2021 – Empat buah universiti di bawah Universiti Berkaitan Kerajaan (GLU) tampil menawarkan tiga kursus baharu secara dalam talian bagi membolehkan para pelajar mengikuti pengajian secara simbiotik dalam norma baharu berikutan cabaran wabak COVID-19.

Kursus-kursus itu adalah Massive Open Online Courses (MOOCs), Open Elective and GLU Minor yang diperkenalkan oleh Universiti Multimedia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mulai September 2021.

Ia adalah pertama kali dalam sejarah pendidikan tinggi negara menyediakan kursus secara simbiotik membolehkan para pelajar dari universiti berbeza mengikuti pengajian di mana-mana universiti terbabit, menurut Pengerusi GLU, Prof Ts Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib.

“Hubungan simbiotik ini boleh menjadi resipi yang dicontohi oleh universiti lain di Malaysia bagi memastikan kemampanan pendidikan tinggi dalam menghadapi cabaran semasa wabak COVID-19,” katanya yang juga Presiden UTP ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran MOOC secara dalam talian, baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis itu, Prof Datuk Dr Mazliham Mohd. Su’ud; Presiden MMU, Prof. Ir. Dr. Hilmi Mukhtar; Timbalan Naib Canselor Akademik UTP; Prof Datuk Dr Siti Salbiah Mohamed Shariff, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Penyelidikan) Uniten dan Prof Dr Shahrulniza Musa (Timbalan Presiden Akademik & Teknologi) UniKL.

Mengulas lanjut, Mohamed Ibrahim berkata, wabak COVID-19 tidak menjadi penghalang kepada universiti di bawah GLU untuk mempertingkatkan pendidikan berkualiti termasuk memperkenalkan pembelajaran dalam kaedah baharu seperti dalam talian dan jarak jauh.

Beliau berkata, melalui MOOCs, Open Elective and GLU Minor, para pelajar boleh berekplorasi dan mengembangkan ilmu pengetahuan dalam bidang-bidang kebitaraan GLU seperti bidang gas dan minyak oleh UTP, tenaga (Uniten), penerbangan (UniKL), serta teknologi maklumat dan multimedia (MMU).

Sementara itu, Naib Presiden Akademik dan Hubungan Antarabangsa MMU, Prof Ho Chin Kuan yang mengetuai Cabang Akademik GLU berkata, ini adalah inisiatif yang memberi peluang kepada para pelajar menambah jaringan hubungan dengan pelajar di universiti lain dan merasai pengalaman dan budaya berbeza.

Advertisements

Mulai September ini, tiga kursus ini boleh diambil oleh pelajar dengan setiap pakej membawa 15 jam kredit dalam tempoh setahun atau diambil tamat pengajian ijazah sarjana muda. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan