25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

24 universiti masuk ranking dunia pencapaian tertinggi – Noraini

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

KEJAYAAN 24 universiti awam dan swasta tempatan tersenarai dalam QS World University Ranking (WUR) 2023 merupakan satu pencapaian tertinggi negara, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Menurut beliau, berdasarkan laporan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings (WUR) 2023 edisi ke-19 yang dikeluarkan semalam, inilah kali pertama 24 universiti dari Malaysia tersenarai.

Beliau berkata, daripada jumlah itu 10 universiti berjaya mengekalkan kestabilan setiap tahun, sembilan dapat memperbaiki kedudukan, hanya tiga universiti menurun sementara dua lagi universiti baharu disenaraikan.

“Dengan kesungguhan, perancangan yang teliti dan strategi yang berkesan, Kementerian Pengajian Tinggi yakin dan percaya universiti awam dan swasta di Malaysia mampu terus berdaya saing demi sebaris dengan universiti terkemuka dunia pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noraini berkata, Universiti Malaya (UM) berjaya mengekalkan kedudukan 100 universiti teratas di dunia dengan berada pada kedudukan ke-70 meskipun turun lima anak tangga berbanding ke-65 bagi tahun 2022.

Beliau berkata, berdasarkan laporan tersebut, Universiti Putra Malaysia (UPM) naik berada dalam kelompok 123 (2023) berbanding 143 (2022), Universiti Kebangsaan (UKM) pula naik ke tangga 129 (2023) berbanding 144 (2022) manakala, Taylor’s University berada pada kedudukan ke-284 (2023) berbanding 332 (2022).

“Universiti awam dan swasta lain turut menunjukkan peningkatan yang amat membanggakan dengan mengekalkan kedudukan 300 terbaik universiti di dunia,” katanya.

Beliau berkata, penilaian QS WUR adalah berdasarkan enam petunjuk prestasi utama iaitu reputasi akademik (40 peratus) reputasi majikan (10 peratus), nisbah pelajar:pensyarah (20 peratus) nisbah sitasi:pensyarah (20 peratus), pensyarah antarabangsa (5 peratus) dan pelajar antarabangsa (5 peratus).

Katanya, ranking tersebut menilai dalam tiga bidang utama iaitu impak penyelidikan, pengajaran dan pengantarabangsaan.

“Laporan QS WUR 2023 menunjukkan bahawa 12 daripada 24 universiti telah berjaya meningkatkan skor reputasi akademik (AR) berdasarkan kepada tinjauan 151,000 ahliakademik.

“12 daripada 24 universiti telah meningkatkan skor reputasi majikan (ER) berdasarkan kepada tinjauan 99,000 majikan dan pengurus pengambilan pekerja,” katanya.

Noraini berkata, dengan kesungguhan, perancangan yang teliti dan strategi yang berkesan, Kementerian Pengajian Tinggi yakin dan percaya universiti awam dan swasta di Malaysia mampu untuk terus berdaya saing demi sebaris dengan universiti terkemuka dunia pada masa hadapan. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan