27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Ranking UM merosot tapi kekal nombor satu di Malaysia

UPM melonjak 20 anak tangga dari kedudukan 143 ke 123 manakala UKM dari m144 kepada 129

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEDUDUKAN Universiti Malaya (UM) merosot lima anak tangga kepada kedudukan ke-70 QS World University Rankings 2023 namun masih kekal universiti terbaik di Malaysia.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan QS Top University, Universiti Putra Malaysia (UPM) melonjak 20 anak tangga dari kedudukan 143 ke 123, manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula dari 144 kini di keduduki 129.

“Sebanyak 24 institusi pengajian tinggi Malaysia direkodkan tersenarai tahun ini, dengan kebanyakannya kedudukan mereka meningkat.

“Antara indikator penilaian yang digunakan untuk menentukan markah ialah reputasi akademik, reputasi majikan, petikan setiap fakulti, nisbah pelajar fakulti, rangkaian penyelidikan antarabangsa dan hasil pekerjaan,” kata laman web tersebut hari ini.

Sementara itu, Universiti Sains Malaysia (USM) turut mencatat kenaikan dari kedudukan 147 kepada 143 tetapi kedudukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) jatuh dari 191 kepada 203.

Advertisements

Sementara itu, Taylor’s University kekal sebagai universiti swasta nombor satu di Asia Tenggara untuk tiga tahun berturut-turut iaitu berada di tempat 284 berbanding 332 tahun lalu.

“Universiti USCI naik daripada tempat ke-347 ke tempat ke-284 dan Universiti Teknologi Petronas daripada tempat ke-414 kepada tempat ke-361,” katanya.

Universiti Nasional Singapura (NUS) merupakan universiti terbaik di Asia, diikuti Universiti Peking China dan Universiti Tsinghua dengan masing-masing berada di tempat ke-11, ke-12 dan ke-14 dalam ranking keseluruhan.

QS World University Rankings 2023 membabitkan penilaian ke atas 1,422 institusi, peningkatan daripada 1,300 institusi tahun lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju untuk menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja...

Lagi Artikel Berkaitan