33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 1, 2022

Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia

Secara keseluruhan daripada 30 orang terkaya dalam senarai itu menyaksikan kekayaan mereka merosot - Forbes Asia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEKAYAAN terkumpul taikun 50 individu terkaya Malaysia dalam senarai Forbes 2022 turun 10 peratus, berbanding setahun lepas kepada AS$80.5 bilion manakala pengasas kumpulan Kuok, Tan Sri Robert Kuok masih menduduki tempat pertama.

“Secara keseluruhan, 30 orang terkaya dalam senarai itu menyaksikan kekayaan mereka merosot,” kata Forbes Asia ketika mengumumkan senarai itu, hari ini.

Senarai lengkap boleh didapati di www.forbes.com/malaysia dan juga dalam edisi bulan Jun Forbes Asia.

“Didorong sebahagiannya oleh pemulihan dalam permintaan domestik, ekonomi Malaysia berkembang 5.0 peratus pada suku pertama 2022, mengatasi kesan pandemik serta kesan akibat banjir kilat yang berlaku Disember lepas.

“Walaupun pasaran saham merosot sedikit dalam tempoh 12 bulan lalu, turun naik mata wang menyaksikan ringgit merosot 6.0 peratus,” katanya, lapor Bernama hari ini.

Forbes Asia berkata, Kuok kekal berada di tempat pertama walaupun kekayaannya merosot kepada AS$11 bilion daripada AS$12.2 bilion tahun lepas.

Bagaimanapun, Pengerusi Syarikat Hong Leong (Malaysia) Tan Sri Quek Leng Chan meraih keuntungan tinggi dalam dolar dan menduduki tempat kedua individu terkaya Malaysia dengan kekayaan terkumpul sebanyak AS$10.1 bilion.

Beliau menambah AS$500 juta kepada nilai kekayaan bersihnya sebanyak AS$9.6 bilion tahun lepas.

Tan Sri Koon Poh Keong dan adik-beradiknya yang mengawal syarikat aluminium Press Metal Bhd kekal di tempat ketiga dengan AS$6.2 bilion (RM27.2 bilion), tidak berubah daripada setahun lalu.

Melengkapkan senarai lima individu paling kaya adalah Pengasas dan Pengerusi Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai kekayaan AS$5.7 bilion (RM25 bilion) dan Ananda Krishnan yang mempunyai kepentingan dalam syarikat telekomunikasi, Maxis Bhd serta penyedia perkhidmatan lapangan minyak, Bumi Armada Bhd dengan AS$5 bilion (RM22 bilion).

Baca juga:   Ku Li letak jawatan Pengerusi Lembaga Jemaah Penasihat UMNO
Baca juga:   Azmin kekal di MITI, Khairy dan Adham bertukar portfolio

“Pembuat sarung tangan getah Malaysia yang antara yang meraih keuntungan tinggi tahun lepas, kini menghadapi cabaran. Permintaan untuk peralatan perlindungan diri merosot apabila kes Covid-19 berkurangan seterusnya menjejaskan saham syarikat,” katanya.

Jumlah kekayaan Kuan Kam Hon daripada Hartalega Holdings (No 11, AS$1.9 bilion) dan Tan Sri Lim Wee Chai daripada Top Glove (No 14, AS$1.4 bilion) pula merosot paling banyak dalam dolar.

Pasangan suami isteri Datuk Seri Stanley Thai dan Cheryl Tan daripada Supermax (No 45) menyaksikan peratusan terbesar kejatuhan kekayaan mereka, berkurangan lebih dua pertiga kepada AS$340 juta.

Kekayaan kolektif kumpulan lima orang ini, yang termasuk Tan Sri Lim Kuang Sia daripada Kossan Rubber Industries (No. 24, AS$740 juta) dan Wong Teek Son daripada Riverstone Holdings (No 30, AS$565 juta), turun lebih daripada AS$5.7 bilion.

“Larangan sementara Indonesia ke atas eksport minyak boleh dimakan dalam persekitaran penurunan pengeluaran minyak sawit Malaysia memberikan keuntungan kepada hartawan dalam sektor berkenaan,” kata Forbes Asia.

Kekayaan yang dikongsi oleh adik-beradik yang mendapat pendidikan di Amerika Syarikat, Tan Sri Lee Oi Hian dan Datuk Lee Hau Hian (No 12, AS$1.6 bilion) mendapat kelebihan lebih daripada satu pertiga apabila saham syarikat mereka Batu Kawan dan anak syarikat perladangannya melonjak dengan peningkatan keuntungan.

Tan Sri Ling Chiong Ho (No 36, AS$425 juta), salah seorang daripada dua orang yang kembali disenaraikan tahun ini selepas empat tahun apabila saham Sarawak Oil Palm, syarikat utama kumpulan Shin Yangnya, meraih keuntungan.

Baca juga:   YSD sedia dana RM2 juta untuk asnaf, tahfiz belajar kemahiran

Sementara itu, penyenaraian bulan Mac bagi pengeluar tenusu Farm Fresh mendorong Loi Tuan Ee (No 43) yang berkongsi kekayaan bersama dua adik-beradiknya, mempunyai kekayaan terkumpul sebanyak AS$380 juta, syarikat tersebut disenaraikan buat kali pertama.

Farm Fresh yang diasaskan oleh Loi dan abangnya Loi Tuan Kin pada tahun 2007 dan seterusnya mendapat sokongan dana kekayaan negara Khazanah Nasional, memiliki lima ladang tenusu di Malaysia dan satu di Australia.

Baca juga:   Singapura gantung laluan hijau timbal balik dengan Malaysia

Nilai bersih minimum untuk disenaraikan ialah AS$255 juta, turun daripada AS$315 juta pada 2021.

Berikut adalah 10 individu terkaya Malaysia:

  1. Robert Kuok (AS$11 bilion) – Kumpulan Kuok
  2. Quek Leng Chan (AS$10.1 bilion) – Hong Leong Bank
  3. Koon Poh Keong dan adik-beradik (AS$6.2 bilion) – Press Metal Berhad
  4. Teh Hong Piow (AS$5.7 bilion) – Public Bank
  5. Ananda Krishnan (AS$5 bilion) – Bumi Armada Berhad/Maxis Berhad
  6. Lee Yeow Chor dan Yeow Seng (AS$4.8 bilion) – IOI Group
  7. Chen Lip Keong (AS$2.7 bilion) – NagaWorld
  8. Tan Yu Yeh dan Yu Wei (AS$2.4 bilion) – Mr D.I.Y
  9. Lim Kok Thay (AS$2.35 bilion) – Genting Group
  10. Lau Cho Kun (AS$2 bilion) – Hup Seng Group

Forbes Asia berkata senarai itu dikumpul menggunakan maklumat pegangan saham dan kewangan yang diperoleh daripada keluarga dan individu, bursa saham, laporan tahunan dan penganalisis.

Terkini

Rakyat pulang ke tanah air tidak perlu isi pas pengembara

RAKYAT Malaysia yang pulang ke negara ini tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Pas Pengembara dalam aplikasi MySejahtera...

Lagi Artikel Berkaitan